~~RABIATUL ADAWIYAH [ PERINDU CINTA ILAHI ]~~
Friday, June 8, 2012 | 5:23 PM | 0 comments
Rabiatul Adawiyah, seorang wanita yang amat istimewa...
Seorang yangg digelar "Perindu Cinta Illahi" kerana sentiasa mengingati Allah dalam setiap perlakuan beliau..
Disini saya ingin kongsikan ^_^
~✿KISAH RABIATUL ADAWIYAH✿~
~✿KISAH RABIATUL ADAWIYAH✿~
Rabiatul Adawiyah adalah seorang wali Allah yang
mengabdikan dirinya kepada Allah. Kesabaran dan perjuangan harus dicontohi oleh
wanita islam hari ini. Walaupun sejarah hidupnya bermula dari seorang wanita
yang tidak mentaati Allah, akhirnya di memilih jalan sufi dalam mencari
ketenangan hidup.
Kisah bermula pada zaman dahulu di mana kejahilan
menyelebungi masyarakat arab kebanyakan sekolah agama telah ditutup. Ayah
Rabiatul Adawiyah adalah guru agama tapi terpaksa menjadi pendayung sampan.
Untuk menarik minat orang menaiki sampannya dia akan mendendangkan lagu yang
merdu ketika mendayung sampan. Rabiatul Adawiyah sentiasa disamping ayahnya
hinggalah dia dewasa, apabila ayahnya meninggal dunia. Dia menggantikan tempat
ayah sebagai pendayung sampan dan mendendangkan lagu yang merdu. Mendengarkan
suaranya yang merdu itu menarik hati seorang lelaki untuk membawanya untuk
dipersembahkan kepada raja dan dia terpaksa berkhidmat untuk raja. Setiap hari
dia menyanyi dan menuang arak kepada raja dan tetamu raja.
Suatu hari timbul kesedaran di hatinya merasa insaf
dengan segala perbuatannya kerana kejahilannya itu sedangkan bapanya adalah
seorang guru agama. Dari hari itu Rabiatul Adawiyah tidak mahu lagi menyanyi
dan menuang arak. Dia sering duduk bersendirian berzikir kepada Allah. Dia juga
diseksa oleh raja dengan kerja yang berat. Pernah suatu hari pengawal raja
disuruh melepaskan ular dan kala jengking ke dalam bilik Rabiatul Adawiyah
kerana raja tidak senang melihat dia sentiasa berzikir. Tetapi akhirnya ular
tersebut menerkam pengawal raja. Rabiatul Adawiyah tetap tenang, walaupun dia
tidak diberi makan dia tetap mampu menjalankan ibadat kepada Allah. Apabila
raja mengintainya di dalam bilik, kelihatan dia sedang munajat memohon doa
kepada Allah. di dalam kegelapan biliknya kelihatan cahaya yang menyuluh ke
arahnya. Pada suatu malam raja bermimpi seorang tua datang dan mengatakan
supaya melepaskan Rabiatul Adawiyah dan jangan lagi menyiksanya kemudia raja
melihat Rabiatul Adawiyah berpakaian serba putih naik ke atas langit. Beliau
terus ke bilik Rabiatul Adawiyah untuk melihat sama ada Rabiatul Adawiyah masih
ada atau sudah pergi. Kelihatan Rabiatul Adawiyah masih berzikir dan berdoa.
Sampai habis tempoh masa Rabiatul berkhidmat dengan
raja, akhirnya dia dilepaskan oleh raja. Rabiatul Adawiyah berterima kasih
kepada raja dan tidak meminta apa-apa daripada raja walaupun raja memberi
peluang kepadanya untuk meminta apa saja sebelum dia pergi. Apabila dia pulang
ke kampungnya, rumah telah roboh dan penduduk kampungnya juga ramai yang telah
berpindah. Dia meminta orang menyediakan sebuah pondok kecil untuknya. Pada
suatu malam, seorang pencuri terpandang pondok Rabiatul Adawiyah lalu dia ingin
pergi mencuri di situ. Ketika itu Rabiatul Adawiyah sedang solat. Dia tidak
menjumpai apa-apa di dalam rumah Rabiatul Adawiyah melainkan sebiji tempayan.
Lalu dia merasa kecewa dan ingin bunuh Rabiatul Adawiyah. Apabila dia
mengeluarkan pisan dan ingin menikanm Rabiatul Adawiyah tiba-tiba dia menjadi
keras dan pisaunya terjatuh. Rabiatul Adawiyah terkejut. Rabiatul mengatakan
pada pencuri itu ambillah apa yang dia inginkan jika dia seorang pencuri tetapi
mengapa ingin membunuhnya. Lalu dia menyuruh pencuri itu mengambil wudhuk dan
bersolat serta memohon pada Allah apa yang dia inginkan. Lalu pencuri itu
bersolat dan meinta pada Allah agar mendapat rezeki yang banyak supaya dia
tidak perlu menjadi pencuri lagi.
Pada masa yang sama diluar kelihatan kereta kuda
yang membawa banyak harta yang menuju ke arah pondok Rabiatul Adawiyah. Raja
menghantar orang untuk memberi Rabiatul Adawiyah harta yang banyak. Apabila
orang itu datang menemui Rabiatul Adawiyah kerana ingin menyerahkan harta itu,
Rabiatul Adawiyah mengatakan dia tidak pernah meminta harta dari Allah tetapi
orang disebelahnya yang memohon kepada Allah jadi berikanlah harta itu kepada
orang yang memintanya. Pencuri itu gembira kerana mendapat harta dan dia
membuat sebuah mahligai yang indah. Pada suatu hari ada seorang lelaki menemui
pencuri itu dan bertanya bagaimana dia mendapat harta yang begitu banyak dalam
sekelip mata. Dia pun menceritakan kisahnya kepada lelaki itu. Lelaki itu
menjelaskan kepadanya bahawa wanita yang ditenuinya itu adalah wali Allah. Dia
berasa terkejut dan menyesal kerana tidak berterima kasih kepada Rabiatul
Adawiyah lalu dia ke pondok rabiatul Adawiyah untuk menemuinya. Ketika itu
Rabiatul Adawiyah sedang nazak. Akhirnya Rabiatul Adawiyah pergi menemui
kekasihnya.
~✿Rintihan
Rabi’ah sewaktu kesunyian di ketenangan malam ketika bermunajat kepada Allah✿~
“Ya Allah, ya Tuhanku. Aku berlindung diri kepada Engkau daripada
segala yang ada yang boleh memesongkan diri daripada-Mu, daripada
segala pendinding yang boleh mendinding antara aku dengan Engkau!
“Tuhanku! bintang-bintang telah menjelma indah, mata telah tidur
nyenyak, semua pemilik telah menutup pintunya dan inilah dudukku dihadapan-Mu.
“Tuhanku!
Tiada kudengar suara binatang yang mengaum, tiada desiran pohon yang bergeser,
tiada desiran air yang mengalir,
tiada siulan burung yang menyanyi,
tiada nikmatnya teduhan yang melindungi, tiada tiupan angin yang nyaman,
Tiada kudengar suara binatang yang mengaum, tiada desiran pohon yang bergeser,
tiada desiran air yang mengalir,
tiada siulan burung yang menyanyi,
tiada nikmatnya teduhan yang melindungi, tiada tiupan angin yang nyaman,
tiada dentuman guruh yang menakutkan
melainkan aku dapati semua itu menjadi
bukti keEsaan-Mu dan
bukti keEsaan-Mu dan
menunjukkan tiada sesuatu yang menyamai-Mu.
“Sekelian manusia telah tidur dan
semua orang telah lalai dengan asyik
maksyuknya. Yang tinggal hanya Rabi’ah yang banyak kesalahan di
hadapan-Mu. Maka moga-moga
Engkau berikan suatu pandangan kepadanya
yang akan menahannya daripada tidur
supaya dia dapat berkhidmat
kepada-Mu.”
~✿Raungan Rabiah memohon belas ihsan Allah✿~
“Tuhanku! Engkau akan mendekatkan
orang yang dekat di dalam kesunyian
kepada keagungan-Mu. Semua ikan di laut
bertasbih di dalam lautan yang
mendalam dan kerana kebesaran kesucian-Mu,
ombak di laut bertepukan.
Engkaulah Tuhan yang sujud kepada-Nya
malam yang gelap, siang yang
terang, falak yang bulat, bulan yang menerangi, bintang yang
berkerdipan dan setiap sesuatu di sisi-Mu dengan takdir sebab
Engkaulah Tuhan Yang Maha Tinggi lagi Maha Perkasa.”
Setiap malam begitulah keadaan Rabi’ah. Apabila fajar menyinsing,
Rabi’ah terus juga bermunajat dengan ungkapan seperti:
“Wahai Tuhanku!
Malam yang akan pergi dan siang pula akan mengganti.
Wahai malangnya diri!
Apakah Engkau akan menerima malamku ini supaya
aku berasa bahagia ataupun
Engkau akan menolaknya maka aku diberikan
takziah? Demi kemuliaan-Mu,
jadikanlah caraku ini kekal selama Engkau
menghidupkan aku dan bantulah aku di atasnya.
Demi kemuliaan-Mu, jika
Engkau menghalauku daripada pintu-Mu itu,
nescaya aku akan tetap tidak
bergerak juga dari situ disebabkan
hatiku sangat cinta kepada-Mu.”
Seperkara menarik tentang diri Rabi’ah
ialah dia menolak lamaran untuk
berkahwin dengan alasan:
“Perkahwinan itu memang perlu
bagi sesiapa yang mempunyai pilihan.
Adapun aku tiada mempunyai pilihan untuk diriku. Aku adalah milik
Tuhanku dan di bawah perintah-Nya.
Aku tidak mempunyai apa-apa pun.”
Rabi’ah seolah-olah tidak mengenali yang lain daripada Allah. Oleh itu, dia terus-menerus mencintai Allah semata-mata.
Dia tidak mempunyai
tujuan lain kecuali untuk mencapai keredaan Allah. Rabi’ah telah
mempertalikan akalnya, pemikirannya dan perasaannya hanya kepada
akhirat semata-mata. Dia sentiasa meletakkan kain kapannya di
hadapannya dan sentiasa membelek-beleknya setiap hari.
Selama 30 tahun dia terus-menerus mengulangi kata-kata ini dalam
sembahyangnya:
“Ya Tuhanku! Tenggelamkanlah aku di dalam
kecintaan-Mu supaya tiada
suatupun yang dapat memalingkan aku daripada-Mu.”
Antara syairnya yang masyhur berbunyi:
“Kekasihku tiada menyamai kekasih lain biar bagaimanapun,
Tiada selain
Dia di dalam hatiku mempunyai tempat manapun,
Kekasihku ghaib daripada
penglihatanku dan peribadiku sekalipun,
Akan tetapi Dia tidak pernah
ghaib di dalam hatiku walau sedetik pun.”
Rabi’ah telah membentuk satu cara yang luar biasa
di dalam mencintai Allah. Dia menjadikan kecintaan
pada Ilahi itu sebagai satu cara untuk
membersihkan hati dan jiwa.
Dia memulakan fahaman dengan
menanamkan rasa takut kepada kemurkaan Allah seperti yang pernah
diluahkannya:
“Wahai Tuhanku! Apakah Engkau akan membakar dengan api hati yang
mencintai-Mu dan lisan yang menyebut-Mu dan hamba yang takut
kepada-Mu?”
Kecintaan Rabi’ah kepada Allah berjaya melewati pengharapan untuk
beroleh syurga Allah semata-mata.
##sekadar perkongsian untuk semua##



.jpg)









