~~Surat Dari Syaitan~~
Thursday, July 5, 2012 | 12:01 AM | 2 comments
Semalam aku melihat kamu semasa engkau memulakan aktiviti
harianmu.
Kau bangun tanpa sujud mengerjakan subuhmu. Malah , kau juga
tidak mengucapkan “Bismillah” sebelum makan, juga tidak sempat mengerjakan
solat Isyak sebelum berangkat ketempat tidurmu. Kau benar-benar orang yang
bersyukur, Aku menyukainya. Aku tidak dapat mengungkapkan betapa aku sangat
gembira melihatmu tidak mengubah cara hidupmu.
WAHAI SI BODOH, KAMU MILIKKU…!
Ingat ,kau dan aku sudah bertahun-tahun bersama, dan aku
masih belum dapat benar-benar mencintaimu. Malah aku masih membencimu, kerana
aku benci Allah. Aku hanya menggunakanmu untuk membalas dendamku kepada Allah.
Dia sudah mencampakkan aku dari syurga, dan aku akan tetap memanfaatkanmu
sepanjang masa untuk mebalasnya.
Kau lihat, ALLAH MENYAYANGIMU dan dia masih memiliki
rancangan untukmu di masa depan. Tapi kau sudah menyerahkan hidupmu padaku, dan
aku akan membuat kehidupanmu seperti neraka. Sehingga kita boleh bersama dua
kali dan ini akan menyakiti hati ALLAH. Aku benar-benar berterimakasih padamu,
kerana aku sudah menunjukkan kepadaNYA siapa yang menjadi pengatur dalam
hidupmu dalam masa² yang kita jalani.
Kita melayari web ‘porno’ bersama, memaki orang, mencuri,
berbohong, munafik, makan sekenyang-kenyangnya, memfitnah, manghakimi orang,
menikam orang dari belakang, tidak hormat pada orang tua, tidak menghargai
Masjid, berperangai buruk. TENTUNYA kau tak ingin meninggalkan ini begitu saja.
AYUHLAH SI BODOH, KITA TERBAKAR
BERSAMA-SAMA, SELAMA-LAMANYA
BERSAMA-SAMA, SELAMA-LAMANYA
Aku masih memiliki rancangan-rancangan hangat untuk kita.
Ini hanya merupakan surat penghargaanku untukmu. Aku ingin mengucapkan ‘THANK
YOU’ kerana kau sudah mengizinkanku memanfaatkan hampir semua masa hidupmu.
Kamu memang sangat mudah dibodohi, aku mentertawakanmu.
Semasa kamu tergoda berbuat dosa, kamu menghadiahkan tawa. Dosa sudah mulai
mewarnai hidupmu. Kamu sudah 20 tahun lebih tua, dan sekarang aku perlu darah
muda. Jadi, pergi dan teruslah mengajarkan orang-orang muda bagaimana berbuat
dosa.
Yang perlu kau lakukan adalah merokok, mabuk-mabuk,
berbohong, berjudi, memfitnah dan hiduplah dengan seego mungkin. Lakukan semua
ini di depan anak-anak dan mereka akan menirunya. Begitulah anak-anak juga akan
menuruti jejak langkahmu.
Baiklah, aku persilakan kau bergerak sekarang. Aku akan
kembali beberapa saat lagi untuk menggodamu lagi. Jika kau cukup cerdas, kau
akan lari sembunyi, bertaubat atas dosa-dosamu. Dan hidup untuk Allah dengan
sisa umurmu yang tinggal sedikit.
Memperingati orang bukan tabiatku, tapi diusiamu sekarang
dan tetap melakukan dosa, memang agak aneh. Jangan salah sangka, aku masih
tetap membencimu. Kerana kau harus menjadi orang tolol yang lebih baik dimata
ALLAH.
(RAHSIA: Jika kau benar-benar menyayangiku, kau tidak akan
memberi surat ini dengan siapapun)
Berzikir
dengan lisan dan hati.
”Sesungguhnya zikrullah itu menyakitkan syaitan seperti menderitanya anak Adam
dengan penyakit pemakanan yang bersarang di perutnya”.
##berzikirlah (✿◠‿◠(◕‿-) Allah sentiasa di hati ##