~~6 perkara yang Allah sembunyikan~~
Monday, August 6, 2012 | 11:12 PM | 0 comments
Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan
Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur
dan barat (ada pendapat lain menyatakan124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as
memandang dirinya sendiri dan berkata:
'Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada
aku?.'
Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. 'Tidak'
Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah
swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.
Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud.
'Wahai Jibrail, kamu telahmenyembah aku dengan ibadah yangbersungguh- sungguh,
dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan
tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku
cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa,
sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja,
dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang
bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan
ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu.
Kerana mereka mengerjakan solat atasperintahKu, sedangkan kamu mengerjakan
solat bukan atas perintahKu.'
Kemudian Jibrail as berkata: 'Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada
mereka sebagai imbalan ibadat mereka?'
Lalu Allah berfirman yang bermaksud. 'Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga
Ma'waa sebagai tempat tinggal...'
Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga
Ma'waa.Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as
dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua
sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat
jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia
turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada
Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:
'Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau
sepertiganya, atau seperempatnya? '
Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kalau kamu dapat
terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti
kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yangtelah kamu lakukan,
nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan
yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat
yang mereka kerjakan....
... ... °•.¸¸.•°´¨°•.¸¸ .•° ♬ ... ... °•.¸¸.•°´¨°•.¸¸ .•° ♬
- Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
- Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
- Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
- Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
- Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
- Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.
... ... °•.¸¸.•°´¨°•.¸¸ .•° ♬ ... ... °•.¸¸.•°´¨°•.¸¸ .•° ♬
Kekuatan manusia itu pada hatinya, hati manusia itu milik
Tuhannya. Ada Tuhan dihatinya, maka ada lah kekuatannya
(✿◠‿◠(◕‿-)
##kita selalu merungut kalau diberikan ujian tapi jarang sekali bersyukur atas nikmat yang sentiasa Allah berikan##