~~Mengapa Hawa Tercipta Saat Adam Tertidur ~~
Wednesday, August 22, 2012 | 9:20 PM | 1 comments
ღஜ♥♥ஜღ•ღღ•ღஜ ღஜ♥♥ஜღ•ღღ•ღஜ ღஜ♥♥ஜღ•ღღ•ღஜ
Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi
ღஜ♥♥ஜღ•ღღ•ღஜ ღஜ♥♥ஜღ•ღღ•ღஜ ღஜ♥♥ஜღ•ღღ•ღஜ
Dikatakan bahawa seorang lelaki jika kesakitan, maka dia
akan membenci. Sebaliknya wanita saat dia kesakitan, maka semakin bertambah
sayang dan cintanya.
Seandainya Hawa diciptakan dari Adam ‘alaihissalam
saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari
sulbinya, hingga dia akan membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam
saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa.
Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan
terjaga, dia melihat kematian ada dihadapannya, akan tetapi semakin bertambah
sayang dan cintanya kepada anak yang dilahirkannya, bahkan dia akan menebusnya
dengan kehidupannya.
Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk
bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu (jantung, hati nurani).
Oleh kerana itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Oleh
karena itu Hawa diciptakan dari tempat yang nantinya akan berinteraksi
dengannya. Sementara Adam diciptakan dari tanah, kerana dia akan berinteraksi
dengan tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang
kayu.
Adapun seorang wanita, maka akan berinteraksi dengan
perasaan, dengan hati. Dia akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih, seorang
saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, dan seorang isteri yang
penurut.
Kedokteran modern telah menetapkan bahawa seandainya bukan
kerana tulang rusuk tersebut pastilah pukulan yang paling ringan yang diberikan
kepada jantung akan menyebabkannya rosak dan menuju kepada kematian. Maka Allah
menciptakan tulang rusuk tersebut untuk menjaga qalbu. Kemudian Dia
menjadikannya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Oleh kerana
itu, wajib bagi Hawa untuk berbangga kerana dia diciptakan dari tulang rusuk
yang bengkok!!
Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang
yang bengkok tersebut, sebagaimana yang dikabarkan oleh Nabi saw, jika seorang
laki-laki berusaha meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka
dia akan mematahkannya.
Yang dimaksud dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan
yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang laki-laki.
Maka wahai Adam, janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia
memang diciptakan seperti itu.
sumber: nizarazu.com
ღஜ♥♥ஜღ•ღღ•ღஜ ღஜ♥♥ஜღ•ღღ•ღஜ ღஜ♥♥ஜღ•ღღ•ღஜ
♡~(◦ˉﮞ'◦) (◦'ﮞˉ◦)~♡
##jodoh tu Allah dah tetapkan,jangan risau ye (。◕‿◕。) ##