~~istiQamah~~
Monday, September 10, 2012 | 6:00 PM | 1 comments
setelah sekian lama meninggalkan blog ni tak ber'update'
Dah bersawang pun.
hehehe
Hari ni dah 23 Syawal 1433H..
tinggal beberapa hari je lagi Syawal pula akan pergi meninggalkan kita..
hmmmmmmmmm
hmmmmmmmmm
sejak akhir-akhir ni pelbagai dugaan datang untuk menguji..
Alhamdulillah masih sempat tersedar sebelum terhanyut..
Ya Allah,kuatkanlah hamba-Mu ini untuk terus istiqamah di jalan-Mu..
terjumpa satu entry yang ingin saya kongsikan dari Shauqi Afhrah
amat menarik... ^_^
•.♥• •.♥•
•.♥• •.♥• •.♥• •.♥• •.♥• •.♥• •.♥•
Jenis-jenis IstiQamah
ƪ(•̃͡-̮•̃͡)Ʃƪ( •̃͡-̮•̃͡)Ʃƪ( •̃͡-̮•̃͡)Ʃƪ(•̃͡-̮•̃͡)Ʃƪ( •̃͡-̮•̃͡)Ʃƪ( •̃͡-̮•̃͡)Ʃ
Istiqamah dalam ketaatan meliputi tiga bahagian utama iaitu:
- Istiqamah hati
- Istiqamah lisan.
- Istiqamah amalan.
Istiqamah pada hati dan amalan merupakan buah dan hasil dari
istiqamah hati dalam ketaatan kepada Allah swt. Ketaatan pada amalan tanpa
ketaatan hari, amalan tiada nilai disisi Allah swt. Itulah amalan orang munafiq
yang sentiasa berpura-pura dalam amalan mereka.
Hati adalah sumber kebaikan dan keburukan seseorang. Bila
hati penuh dengan ketaatan kepada Allah, maka perilaku seseorang akan penuh
dengan kebaikan. Sebaliknya, bila hati penuh dengan syahwat dan hawa nafsu,
maka yang akan muncul dalam perilaku adalah keburukan dan kemaksiatan.
Keburukan dan kemaksiatan ini boleh datang kerana hati
seseorang dalam keadaan lalai dari zikir kepada Allah. Ibnul Qayyim al-Jauziyah
berkata, “Apabila hati seseorang itu lalai dari zikir kepada Allah, maka
syaitan dengan serta merta akan masuk ke dalam hati seseorang dan
mempengaruhinya untuk berbuat keburukan. Masuknya syaitan ke dalam hati yang
lalai ini, lebih cepat daripada masuknya angin ke dalam sebuah ruangan.”
Oleh kerana itu hati seorang mukmin harus sentiasa dijaga
dari pengaruh syaitan ini dengan sentiasa berada dalam sikap taat kepada Allah
SWT. Kekuatan inilah yang disebut dengan Istiqamah.
Imam al-Qurtubi berkata, “Hati yang istiqamah adalah hati
yang sentiasa lurus dalam ketaatan kepada Allah, baik berupa keyakinan,
perkataan, maupun perbuatan, hati yang istiqamah adalah jalan menuju kejayaan
di dunia dan keselamatan dari azab akhirat. Hati yang istiqamah akan membuat
seseorang dekat dengan kebaikan, rezekinya akan diluaskan dan akan jauh dari
hawa nafsu dan syahwat.
Dengan hati yang istiqamah, malaikat akan turun untuk
memberikan keteguhan dan keamanan serta ketenangan dari ketakutan terhadap azab
kubur. Hati yang istiqamah akan membuat amal diterima dan menghapus dosa.”
- Meletakkan cinta kepada Allah di atas segala-galanya. Ini adalah persoalan yang tidak mudah dan memerlukan usaha yanh gigih kerana, dalam kehidupan sehari-hari kita sering mengalami pertembungan antara kepentingan Allah dan kepentingan makhluk, Apabila dalam kenyataanya kita lebih mendahulukan kepentingan makhluk, maka itu pertanda bahwa kita belum meletakkan cinta Allah di atas segala-galanya.
- Membesarkan perintah dan larangan Allah. Membesarkan perintah dan larangan Allah harus dimulai dari membesarkan dan mengagungkan pemilik perintah dan larangan tersebut, yaitu Allah. Membesarkan perintah Allah di antaranya adalah dengan menjaga waktu salat, melakukannya dengan khusyu, memeriksa rukun dan kesempurnaannya serta melakukannya secara berjamaah.
- Sentiasa berzikir kepada Allah kerana itulah perintah Allah dan Rasul-Nya sebagaimana yang disebutkan dalam hadis qudsi Allah berfirman,“Barangsiapa yang mengingat-Ku di dalam dirinya, maka Aku akan mengingat-Nya dalam diri-Ku. Dan barang siapa yang mengingat-Ku dalam keramaian, maka Aku akan mengingat-Nya dalam keramaian yang lebih baik darinya.
- Mempelajari kisah orang-orang saleh terdahulu supaya kita boleh mengambil pelajaran dari mereka. Bagaimana kesabaran mereka ketika menghadapi ujian yang berat, kejujuran mereka dalam bersikap, dan keteguhan mereka dalam mempertahankan keimanan. Sebagaimana firman Allah , Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu terdapat pengajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal. al-Qur’an itu bukanlah cerita yang dibuat-buat, akan tetapi membenarkan (kitab-kitab) yang sebelumnya dan menjelaskan segala sesuatu, dan sebagai petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman. (Yusuf: 111).
•.♥• •.♥•
•.♥• •.♥• •.♥• •.♥• •.♥• •.♥• •.♥•
(。◕‿ ◕。)
Salah satu saat yang PALING INDAH dalam hidup kita adalah
saat kita “BERTAUBAT” dan salah satu HADIAH YANG PALING TERINDAH dalam hidup
kita adalah ketika “TAUBAT ITU DITERIMA” oleh Allah.. ^_^
Ya Allah.. Terimalah taubat kami semua.. Amin.. ♥♥♥
Ya Allah.. Terimalah taubat kami semua.. Amin.. ♥♥♥
##insyaAllah,mudah-mudahan mampu istiQamah##



.jpg)









