~~Ku MenuLis KeraNa Cinta-Nya~~
Wednesday, December 26, 2012 | 2:39 PM | 0 comments
salam 13 Saffar 1434 H...
salam cinta buat semua...
Menulis? Saya kata menulis ini merupakan salah satu daripada
wasilah dakwah yang luas dan mempunyai daya tarikan yang baik kepada
masyarakat.
Nikmat ILMU pada hari ini BUKANLAH yang datang daripada kita
sendiri, kita ambil daripada GOLONGAN ULAMA' dan PARA MURRABI, dan mereka pula
bersambung-sambung ilmunya sehingga sampai ke para nabi. Janganlah kita
bercampur aduk dalam KEIKHLASAN berdakwah dengan perniagaan ilmu. Jika
sememangnya kita MENULIS untuk menyebarkan ilmu dan nasihat, maka pedulikanlah
siapa yang ingin mengambil dengan cara hormat atau yang mencuri dengan cara
pengkhianat.
Kita mesti betulkan niat kita iaitu untuk menyambung
perjuangan Rasulullah s.a.w. Sentiasa amalkan surah Al-Fatihah kerana banyak
kelebihannya. Ia merupakan satu-satu surah yang wajib dibaca dalam solat dan
satu-satu surah yang Allah berkomunikasi dengan hamba-Nya. Sentiasa fahami
bacaan kita dalam solat.
Sebelum tidur, maafkan semua orang. Bayangkan muka-muka
orang yang kita marah dan benci, kemudian, maafkan mereka. Benda yang tak baik
yang berlaku dalam kehidupan kita adalah suatu pengajaran. Ia nikmat bagi kita.
Syaitan selalu berkata pada kita, “Selagi kau lupakan
Tuhanmu, aku (syaitan) tidak akan melupakanmu.” Sebab tu, kena sentiasa baca
Bismillah sebelum nak masuk dalam rumah, kelas, sebelum nak makan dan pelbagai
lagi. Makan dan minum mestilah dengan tangan kanan.
Teruskanlah USAHA untuk menyampaikan ilmu dan nasihat,
sejauh mana KUALITI terpulanglah pada KEMAMPUAN DIRI, asalkan JANGAN DIHALANG
manusia mengambil manfaat daripada penulisan kita dek kerana mereka tidak
memberikan kreditnya. Kitalah yang MENDISPLINKAN diri terlebih dahulu untuk
MEMBERI, pasti orang lain juga berdisiplin untuk MENERIMANYA. Semoga Allah menjauhkan
kita daripada menjadi seorang penulis yang TIADA HARGA di sisinya. Menulis
kerana Allah, insyaAllah..
(´⌣`ʃƪ) ƪ(´~`")∫
**diri ini pernah merasa ingin berhenti menulis kerana
manusia tapi Alhamdulillah tersedar...aku menulis kerana cinta
pada-Nya..astaghfirullah hal’azim..khilafnya diri ini...**
Siapa-siapa yang nak menulis, jangan ragu-ragu and berputus
asa ye..walaupun tak dapat tulis 24 hours..at least ada juga yang kita
kongsikan..kan? ^_^
buat sahabat saya, BLUE colour lovers
maafkan saya ye..
sorry
=.=
buat sahabat saya, BLUE colour lovers
maafkan saya ye..
sorry
=.=
(´⌣`ʃƪ) ƪ(´~`")∫
•.♥•
•.♥• •.♥• •.♥• •.♥•
•.♥• •.♥• •.♥• •.♥•
sepotong ayat yang sangat bermakna::
“Aku mencintai pembacaku, melebihi diriku.
Kerna mereka adalah saham akhiratku.” ~ Hilal Asyraf.
Hilal Asyraf, seorang pendakwah yang menyampaikan dakwah
,ilmu dan pengalamannya melalui penulisan.
•.♥•
•.♥• •.♥• •.♥• •.♥•
•.♥• •.♥• •.♥• •.♥•
Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan
kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan
kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat.
(Hamka)
##tiapa apa kita buat,niatkanlah kerana Allah##
Ơ̴̴͡.̮Ơ̴̴̴͡