~~Perlu Usaha Mencari??? Hmmm...~~
Thursday, December 27, 2012 | 11:32 PM | 0 comments
Kita selalu dengar bahawa jodoh, rezeki, ajal dan maut di
tangan Tuhan. Dan selalu jugak kita akan dengar orang akan menjawab ; memanglah
di tangan Tuhan, tapi kita perlu usaha mencari jugak. Disebabkan konsep ‘perlu
usaha mencari’ inilah, maka ramai yang berlumba-lumba mencari jodoh untuk diri
sendiri. Apatah lagi zaman ni zaman facebook, zaman di mana orang
berlumba-lumba mahu menulis di status tentang mesranya hubungan mereka dan
pasangan mereka. Kononnya mahu mencari jodoh terbaik.
Kalau cakap pasal jodoh,bukan main ramai yang berbicara tentangnya tapi tahukah anda???
Sedangkan yg dikatakan jodoh yg terbaik itu bermaksud baik untuk dunia dan
akhirat. Yang boleh saling membimbing untuk kebaikan dunia dan akhirat. Yang
mengingatkan tentang ALLAH dan saling berpesan dengan kebenaran untuk
menegakkan agama ALLAH..
Bukannya yg mudah-mudah disapa, digoda, digurau sendaka, melawak sebarangan,
boleh diajak keluar sesuka hati, dan di jadikan pasangan yg senang saja
ditakel....
Berhati-hatilah memilih jodoh terbaik...jangan sampai TERBALIK..^^
¸.¤*¨*ღ☆ღ?? ღ☆ღ*¨*¤.¸
”Sesiapa yang menasihatimu secara SEMBUNYI-SEMBUNYI maka
dia benar-benar meNASIHATimu.. :)
Sesiapa yang menasihatimu di KHALAYAK RAMAI, dia sebenarnya sedang
mengHINAmu..” -.-
|| Imam Syafie || ♥
¸.¤*¨*ღ☆ღ?? ღ☆ღ*¨*¤.¸
sahabat2, peringatan untuk diri saya sendiri jua.. ^_^
##Serah je semua kat Allah, Dia Maha Mengetahui##