~~Jika Yang Ditanam Itu Aku?~~
Tuesday, January 29, 2013 | 10:27 PM | 0 comments
Bismillahirrahmaanirrahhiim,
Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...
Dalam perjalanan pulang ke rumah, terpandang ramai orang di tanah perkuburan di suatu tempat yang tidak begitu jauh dari kampung..
Pasti berlaku kematian di kawasan tersebut, Innalilah...
Terlintas di benakku, jika kubur yang sedang digali itu adalah kubur untukku..
Allah...
jika yang dipersiapkan untuk ditanam itu adalah aku..
Allah...
membayangkan jenazah sendiri sedang dimandikan,dikapankan,disolatkan dan dimasukkan ke liang lahad...
Allah...
(╯︵╰,)
Sudah bersediakah diri ini untuk bertemu denganMu, Ya Rabb?
•.♥• •.♥• •.♥• •.♥• •.♥• •.♥• •.♥• •.♥• •.♥•
beberapa hari kebelakangan ini, kisah kecekalan Siti Hajar menarik perhatian ramai apabila rentetan
pengalaman hari-hari terakhir arwah tersebar di laman sosial Facebook selain
turut dikongsi menerusi blog dan forum di Internet...arwah Siti Hajar terbabit dalam kemalangan pada 6 Januari lalu
apabila kereta Perodua Myvi yang dinaiki mangsa ketika dalam perjalanan pulang
ke UTeM dari rumah datuknya, Ab Jamal Kudus, 68, di Ramuan China Kechil, Lubuk
China terbabas.
Kemalangan itu mengakibatkan Siti Hajar patah kaki kiri dan
berisiko lumpuh selepas tulang belakangnya retak dan saraf tunjangnya cedera...
Detik-Detik Terakhir Siti Hajar Binti Ahmad Sabir
Retetan pengalaman arwah ini dipetik dari Nizarazu.com...
Disini ada perkongsian satu kisah benar yang ditulis sendiri
oleh ibunya yang tercinta, ibu kepada al marhumah Siti Hajar Binti Ahmad Sabir
(Al-Fatihah). Semoga kita memperoleh manfaat yang besar dari perkongsian ini.
Selamat membaca.
6 Jan 2013 (Ahad)
Kami dapat panggilan telefon mengatakan Hajar kemalangan. Segera bergegas ke
Hospital Besar Melaka. Ramai pelajar UTEM sedia menunggu berita kemalangan itu.
7 Jan 2013 (Isnin)
Hajar dimasukkan ke wad ICU Mawar. Pegawai HEPA UTEM mula membuat
lawatan.Doktor mencadangkan pembedahan segera dilakukan. Masalah kewangan mula
berbangkit, wang kami tidak mencukupi’
8 Jan 2013 (Selasa)
Gerakan mengumpul derma utk pembedahan Hajar berjalan lancar. Pembedahan
dilakukan pada pukul 1 tengahari. Pukul 6 ptg, pembedahan selesai.
9 Jan 2013 (Rabu)
Kesihatan Hajar baik sebelah pagi tapi merosot sedikit menjelang petang.
Tekanan darah mula turun, lalu ubat untuk menaikkan tekanan darah segera
diberikan. Muka dan badan mula sembab sebab dah 2 hari hanya drip air tanpa
makanan. Sebelah petang, susu disalurkan ke perutnya melalui tiub. Walaupun
tulang belakang telah di betulkan kedudukannya, saraf tunjang tetap telah
tercedera dan kita menunggu dan berharap kekuasaan Allah Ke atas Hajar berkat
doa semua sahabat di dalam dan di luar negara.
10 Jan 2013(Khamis)
Selepas Subuh tadi, kami lawat dia dan bacakan ayat2 suci dan syifa’. Dia
tenang je.Kami berbual. Memang dia tak gelak tapi matanya lebih bermaya. Kami
ceritakan tentang kawan2 yang datang, yang berkirim salam dan sebagainya.
Memang dia tak dapat lawan bergurau, ketawa besar macam biasa tapi dia dengar
kami tu pun dah cukup. Langsung tak tunjuk airmata pada dia. Kami usap tangannya,
usap pipi dan dahi berkali2 dan bercakap dengan nada yang ceria juga. Tak boleh
nak pandang dia dengan mata sayu, cakap dengan suara sebak..tak boleh. Kalau
kita positif, kita ceria, aura kita berpindah kepadanya.
Ramai yang bersimpati dengannya lalu mencadangkan pelbagai
bentuk rawatan pemulihan. Ada yang mencadangkan pergi kepada sekian-sekian
dukun patah jika Hajar telah keluar dari Hospital nanti. Ada juga peniaga air
yang menawarkan sebotol air pada harga RM25, dan menjanjikan penyembuhan dalam
10 minit sahaja. Hajar senyum . Pesannya, dia tidak mahu apa-apa rawatan yang
menggunakan perantaraan jin dan hanya mahukan perubatan Islam. Dia rela lumpuh
seumur hidup atau sanggup mati, asalkan tidak mensyirikkan Allah.
11 Jan 2013 (Jumaat)
Doktor dah benarkan makan bubur. Kami sudukan dengan sup ayam, sup sayur, ikan
dan buah2an. Minum air zam zam pakai straw. Memang haus betul dia. Berkat air
terbaik di atas mukabumi, dia segera nampak bertenaga. Menitis airmata sahabat2
melihat dia telah makan. Berebut2 mereka nak tolong layan Hajar. Suasana ceria
berlanjutan dengan cerita2 lucu mereka.
Solat Hajat dilakukan di merata tempat dari sebelah malam
hingga ke siangnya.UTeM sendiri menganjurkan solat hajat di Masjid, melibatkan
kerjasama BADAR dan Majlis Perwakilan Pelajar .
Lawatan Naib Canselor, memberikan suntikan semangat
luarbiasa kepada Hajar. Dia ingin sembuh. Dia ingin kembali belajar. Dan dia
dijanjikan pelbagai kemudahan pembelajaran jika dia sihat dan masih berminat
menuntut ilmu. Sedikit jangkitan kuman mula dikesan di paru-paru menyebabkan
pernafasannya tidak stabil.
12 Jan 2013 (Sabtu)
Doa dan kata-kata peransang tak henti2 masuk ke telefon untuk memberi semangat
kepada Hajar. Kami perlu kuatkan pernafasannya. Latihan pernafasan mula
diberikan supaya oksigen banyak masuk ke badan dan dia dapat melawan kuman2
yang datang menyerang. Hasilnya, kedua dua tangan dah boleh diangkat tinggi.
Selepas ini, kami nak teruskan dengan latihan menggenggam. Semua ini
menyakitkan, kerana itu motivasi dari sahabat2 amat diperlukan. Peranan saya
sebagai ibu adalah untuk mengukuhkan keimanannya dan meletakkan pergantungan
harapan sepenuhnya pada Allah.
Sebelah petangnya, Hajar di keluarkan dari ICU Mawar dan
diletakkan di wad D3.
13 Jan 2013(Ahad)
Akhirnya berbekalkan sedikit kekuatan yang diberi oleh Allah, saya terangkan
situasi sebenar, kesan kemalangan itu kepada Hajar. The whole truth. Dan
sebagai hambanya yang patuh, dia Redha dengan apa saja Qada dan QadarNYA.
Pendapat doktor itu berdasarkan pengetahuan manusia. Yang mana ia hanya ibarat
setitik air di lautan yang luas. Terlalu kecil kemampuan manusia berbanding
dengan kekuasaan Allah itu sendiri. Baginya hidup mesti diteruskan, ada banyak
lagi nikmat tuhan yang sedang dinikmatinya. NIKMAT TUHAN YANG MANAKAH YANG KAMU
DUSTAKAN?
Setiap hari Allah menuntut perjanjian kita dengannya sebelum
kita dilahirkan. Iaitu untuk mengakui DIA itulah tuhan kita yang layak
disembah. Dia yang maha berkuasa, yang memiliki segala2nya. Sedang kita inilah
si fakir yang tak punya apa2…dan sentiasa meminta2 darinya. Kalau dah lidah
kita mengakui Allah itu maha berkuasa, maka ikrarkan pula dihati..yang DIA
mampu mengubah nasib Hajar lantas menyembuhkannya sekalipun.
Tiada rahsia lagi. Dia dah tahu dirinya lumpuh sementara.
Dah tahu situasi tulang belakangnya, saraf tunjangnya yang cedera dan juga
pembedahan yang telah dilaluinya. Tanpa setitik airmata, tanpa keluhan, tanpa
menyesali nasib, tanpa mematahkan semangatnya untuk terus hidup, katanya kalau
mak dan ayah boleh redha, dia juga akan redha. Banyak lagi tanggungjawab untuk
digalas, ramai lagi diluar sana yang perlukan bimbingan dan kerana Allah masih
selamatkannya, dia akan bersyukur. Pasti ada hikmahnya.
Malam itu, sedang saya membacakan ayat-ayat suci kepadanya,
dia kata
“Mak dengar tak tu? Suara seruan tu?”
Saya terdengar seruan bersahut-sahutan dua atau tiga kali
dari arah yang tak pasti.
“Orang azan kot” tingkah saya.
Dia jawab “mana pulak, azan mana ada SUBHANALLAH.. orang tu
sebut SUBHANALLAH berkali2. Akak dengar, Cuba tengok jam, bukan masa azan,
kan?.”akuinya penuh jujur.
Saya rasa berdebar, “Selalu ke akak dengar?”
“Selalu gak, entah siapa lah yang jerit tu gaknya…” jawabnya
naif’
14Jan 2013 (Isnin)
Sebelah siang Hajar demam. Batuk2 Kecil, Menjelang maghrib, cuaca sejuk, batuk
makin memberat. Demam semakin tinggi mencecah 39C. Selsema, kahak tersumbat di
saluran kerongkong dan belakang hidung. Hajar semakin lemah. Apabila pernafasan
tersekat,Hajar menggelepar mencari nafas. Doktor segera bertindak bila kami
menjerit meminta bantuan kecemasan diberikan dengan menyedut kahak menggunakan
mesin penyedut. Tiup dimasukkan ke saluran kerongkong dan saluran hidung.
Prosedur yang menyakitkan dan tidak selesa. Tapi masih tak banyak membantu,
selsema mengalir lagi, dan kesejukan malam menyebabkan hidung tersumbat semula.
Kami disuruh keluar semasa bantuan kecemasan itu. Keadaan agak membimbangkan.
Kami berdua berusaha menolong dengan membacakan ayat2 suci dan zikir2.
Menjelang tengah malam barulah dia bernafas selesa dan tidak mencungap cungap
lagi. Keletihan yg teramat sangat..tetapi bersyukur terselamat dr situasi
bahaya. Stabil.
Bila dah tenang, Hajar bercerita semula, semasa doktor
membantunya dan kami memohon bantuan Allah, pertolongan tersebut telah datang.
Bagaimana? Secara tiba2 dia sendawa berkali kali. Dan setiap kali angin sendawa
itu keluar, terasa hidung yg tersumbat tidak tersumbat lagi dan dia boleh
bernafas dgn selesa. Kemudian, dia terasa mukanya dipercikkan air 3 kali. Air
yang sgt sejuk dan selesa. Dia yang sedang demam panas dan terasa muka
berbahang, tetiba rasa sangat selesa dan demam mula menurun. SUBHANALLAH.
Hari dah jauh malam, suami saya nak pulang menjaga anak2
yang lain di rumah. Suami beritahu Hajar, dengan cepat dia jawab “Ayah percaya
Allah tak?”jawab suami”Percaya”.
Tambah Hajar lagi, “Kalau percaya pada Allah, ayah baliklah..Allah ada jaga
akak kat sini.”
Sesekali dia tersenyum manis.
Kami tanyakan “kenapa senyum?”
Dia jawab…”Ada bau wangi sangat”.
“Selalu ke akak terbau macam tu?”
Jawabnya, “Kadang2 aje, kadang2 masa nurse datang, kadang2 waktu sahabat
ziarah”
Hati kami mula rasa sesuatu. Suami saya tak jadi balik. Kami berdua tertidur
kepenatan menemani dia malam tu. Dipihak dia pula, terasa sangat aman dan
damai. Malam yg sejuk dirasakan nyaman. Langsung tak rasa lapar dan dahaga.
Menurutnya, sepanjang malam, dia memerhatikan kami berdua tidur dan mensyukuri
apa saja nikmat yang sedang dinikmatinya.
15 Jan 2013 (Selasa)
Sebelah pagi Hajar masih tak bermaya. Semakin naik matahari, hidung semakin
kurang tersumbat dan kesihatan mula beransur baik. Perjuangan untuk hidup
diteruskan lagi. Bila demam berkurangan, Hajar akan kembali ceria, makannya
akan berselera, makan pudding, bubur, sup ayam dan buah2an.. Rakan2 pun gembira
melayan kerenah dia. Bila dia sebut teringin makan pisang..tetiba ada saja
tetamu yang bawakan. Dia duduk tapi kepalanya agak senget – masih tak boleh
kawal gerakan kepala. Spontan dia kata, “Kalau ade bantal kecil, boleh letak
kat leher” lalu Allah perkenankan hajatnya. Bantal yang diidamkan dibawa oleh
sahabat yang prihatin pada hari yang sama hajatnya diutarakan. (KUN FAYAKUN)
Tekak Hajar masih terasa sakit – perit. Mungkin sebab guna
tiub penyedut kahak sebelumnya. Jadi ubat demamnya perlu dihancurkan dan
dijadikan larutan. Saya bancuhkan paracetamol dengan sedikit air zam zam.
“Akak, ingat ye, ubat ni alat je, Allah yang menyembuhkan” Dia angguk. Ubat di
sudukan ke mulutnya. Pahit. Kecil matanya. Segera saya berikan air zam zam
untuk diminum. Lepas itu dia tanya, “Air ape tadi?”. “Ehh..air zam zam lah,
mana ade bagi air lain.” Dia senyum lagi. Saya tertanya2. Dia kata “Allah
tolong akak, ubat tu memang pahit, tapi bila minum air zam zam tu, rasa macam
air tu manis, ia basuh semua rasa pahit dilidah akak, Esok mak cubalah” Macam
mana ni….nak percaya tak?
Malamnya, dia kena makan ubat lagi. Tanpa gentar, dia
menelan ubat pahit tu dan tinggalkan sedikit untuk saya. Nekad untuk
menyampaikan dakwah, saya telan baki ubat itu. Memang pahit. Dan bila air zam
zam diminum, rasa pahit itu hilang tak berbekas. Seperti lumpur di lantai yang
tertanggal semuanya bila air disiram kepadanya. Kemudian dia mula bertanya
bagaimana dia nak solat dalam keadaannya seperti itu. Saya terkedu. Telefon
terus saya capai, meminta bantuan ilmu dari rakan2 yang lebih arif. Dan seperti
dijangka, apa yang dimintanya, mudah benar utk Allah tunaikan. Ade saja sahabat
yang prihatin dan sudi menolong.
Bila Doktor pelatih datang untuk mengambil sampel darah,
Hajar menangis. “Akak dah lemah, makan pun tak seberapa, mana nak ada darah
banyak. Doktor asyik ambil darah..tangan doktor tu besar,kematu, tak sensitive.
Tangan akak kecil, Sakit tau ditampar2 tangan akak, dicubit2…dah tak jumpa urat
darah tu, tak yah lah ambil darah. Akak tak nak doktor tu lagi”. Sayu hati
mendengar rintihannya, tapi macamana? Mana boleh pilih2 doktor. Tapi Allah maha
mendengar, esoknya doktor lain pula mengambilalih.
16 Jan 2013(Rabu)
Usai solat subuh, saya dapati Hajar mengadu sakit perut. Macam kembung. Perut
mula membengkak dan bergerak2. Saya sapukan sedikit minyak angin dan bacakan
rukyah. Dia terasa nak muntah. Ya memang.. dia betul betul muntah. Berlambak2
muntah air hijau keluar dari mulutnya. Kami beri air zam zam kerana muntah
tersebut memahitkan tekak. Tapi muntah berterusan…lagi…. lagi… dan lagi…”Akak
tak nak pelawat hari ni”. Dan tengahari itu, memang takada pelawat yang datang.
Menjelang maghrib, dia suruh ayahnya solat. Kemudian saya
pula disuruh solat. Saya katakan, “nanti siapa nak tolong bersihkan muntah? Mak
solat lewat sikitlah…Dia jawab “Allah ada, Allah boleh bantu akak.” Terkedu.
Saya pun tinggalkn dia untuk solat. Ayahnya pula pergi menjemput adiknya di
Malacca Central. Selesai solat, saya dapati nurse sedang membersihkan Hajar.
Bajunya yg terkena muntah digantikan. Kemudian dia kata, “Haa..kan betul akak cakap,
Allah ada bantu akak. Mak pergi je, akak muntah, tapi nurse yg sedang rawat
makcik kat sebelah tu ternampak akak muntah dan dia datang bantu.
Sepanjang malam, adik Hajar, Nabilah, saya dan suami saya
hanya menadahkan kain menahan muntah hajar. Muntah…minum lagi…dan kemudian
muntah semula. Bila reda sedikit, kami mula berbicara. “Akak, Nampak gayanya
macam perut akak dah tak terima lagi air yang kami beri. Mungkin rezeki minuman
akak dah habis. Mak bagi air untuk basah tekak je, tapi untuk menghilangkan
dahaga, akak mohonlah rezeki dari Allah.
Ayahnya pula kata “Akak, kalau akak dipanjangkan usia, ayah
akan belikan computer yg lebih ringan untuk akak, sesuai dgn kemampuan akak
menggunakannya. Tapi kalau usia akak tak panjang, akak jangan sedih sebab akak
akan dapat syahid dunia. Pujuk ayah lagi, “Akak, bila dajjal keluar nanti,
orang2 yang beriman takkan dapat bekalan makanan sebab tak mahu sembah dajjal.
Mereka akan berzikir sahaja, dan Allah cukupkan rezeki mereka. Mereka tak rasa
lapar dan dahaga, Akak zikirlah ye”. Angguk.
Walaupun perbualan itu amat menyentuh hati, tapi masih tak
mampu menggugurkan air matanya. Dia kata” Kalau mak dan ayah dah redha, takde
sebab untuk akak tak redha. Kalau Allah izinkan akak hidup lagi, walau mcmana
pun rupa akak waktu tu, akak akan berdakwah untuk beritahu orang tentang adanya
pertolongan Allah, besarnya kekuasaan Allah. Mak tulis ye, biar tak lupa .
Nanti akak sendiri yang akan ceritakan. Tapi kalau umur akak tak panjang, emak
ceritakanlah bagi pihak akak”
Untuk adik2nya, dipesankan agar ubah penampilan berpakaian.
Untuk rakan2, dia minta maaf dan memberikan kemaafannya kepada mereka. Adik2
dipujuk agar pakai jubah2 dan tudung dia yang banyak. Dia turut beritahu minta
digantikan puasanya dan uruskan solat yg tertinggal sepanjang dia berada
dihospital tu. Ada beberapa hutang kecilnya minta dilunaskan.
Kami tanya lagi. “ susah ke rasanya nak muntah tu tadi?”
Jawabnya, “Taklah, senang je, Allah tolong.” “Tolong macamana?” tambahnya “Dah
badan akak tak boleh keluarkan air2 kotor tu dgn cara biasa, Allah tolong
keluarkan melalui muntah. Tak susah pun, rasa macam meludah je” MASYA ALLAH.
Hajar sentiasa kaitkan apa saja yang dialaminya dengan Allah. Sentiasa berbaik
sangka Allah menolongnya. Benarlah seperti hadis qudsi, Allah bertindak
mengikut sangkaan hamba terhadapNYA. Jika kita yakin Allah menolong kita, maka
Allah akan tolong.
Keputusan Xray menunjukkan perut dan usus besar membengkak
teruk.
17 Jan 2013(Khamis)
Situasi kritikal. Tak mahu pelawat lagi. Doktor sedang cuba menyelamatkan .
Perut membengkak terus. Usus besar tidak menyalurkan najis dengan sempurna.
Menurut doktor semuanya ada kaitan dengan saraf tunjang yang gagal menghantar
arahan ke anggota badan. Ultrasound pula diambil. Hajar tenang. Berserah pada
Allah menentukan yang terbaik untuknya.
Selepas waktu melawat tengahari, demam memburuk semula.
Perut yang membengkak menyukarkan pernafasan. Doktor mula gelisah. Satu tiub
dimasukkan ke perut melalui hidung bagi menyedut cairan di dalam perut. Lebih
1Liter cairan dikeluarkan. Hajar diarahkan berpuasa sehingga punca pembengkakan
itu diketahui.
Demam lagi. Saya sudukan juga tiga sudu air zam zam ke
mulutnya dari masa ke semasa.
“Akak, jgn bimbang, kita orang Islam dah dilatih berpuasa. Redha ya .. mak bagi
air zam zam ni hanya utk basah tekak, memang tak sempat sampai ke perut pun ia
akan kering sendiri. Mintalah Allah hilangkan dahaga akak” . Dalam keletihan
beliau jawab, “beratnya dugaan Allah ni , mak..” “memanglah…kan syurga Allah tu
mahal harganya…sabar ya.. Nabi Ayub dulu pun diuji dengan berat” Dia angguk..
Doktor pasang drip…Dalam hati, saya tak putus2 membacakan ayat2 suci dan
selawat untuk menolong beliau melalui kesukaran itu.
Menjelang asar, Hajar mula rasa bahang. Dia minta
dimandikan. Panasnya kuat dibahagian dada. Dan terasa semua badan sakit2. Saya
terdiam. Saya rasa, dia dah mula nak nazak. Waktu tu saya berdiri
membelakangkan tingkap. Dia suruh saya beralih kedudukan. Dia nak pandang
keluar tingkap. Saya tanya, nak tengok apa? Katanya : nak tengok Allah. Saya
terkedu lagi. Katanya :
“Allah marah sebab tak dakwah sungguh2. Tak mahu cari jalan
lain, bila dakwah terhalang.”
Saya jawab “Mintalah ampun dan banyakkan beristigfar pada Allah,”
Hajar Angguk. Tak lama lepas tu, dia kata, matanya dah mula
kabur. Saya membisikkan agar dia terus mengingati Allah. Angguk. Dalam
termengah2 dia berkata
“mak, izinkan akak pergi dulu, tapi akak tak nampak jalan”
“Ya, mak izinkan, mak doakan agar Rasulullah datang
tunjukkan jalannya. Sekali lagi dia mengejutkan saya, bila dia kata dia dah tak
boleh nampak, lalu bola matanya bergerak ke atas. Segera saya talkinkan
berulang kali. Doktor dan nurse mula berkejar datang nak menyelamatkan. Saya disuruh
keluar. Mereka mula memasang topeng oksigen,dan menaikkan tekanan darah.
Hati saya dah sebu. Saya tahu tadi tu Hajar dah nazak.
Persiapan dibuat utk pindahkan Hajar ke ICU semula. Waktu maghrib tu, kami
berkejar kejaran tolak katil Hajar ke ICU okid.
Hajar segera dibius dan getah saluran pernafasan dipasang ke
mulutnya. Mesin pernafasan mengambilalih proses pernafasan. Itulah kali
terakhir untuk dia berkata kata kerana selepas itu dia terus ditidurkan dan tak
bangun2 lagi.
18 Jan 2013 (Jumaat)
Kami dimaklumkan ada air yang banyak diluar perut dan sekitar usus. Dikhuatiri
usus Hajar telah bocor. Menjelang waktu azan zohor, untuk solat jumaat, jantung
Hajar berhenti berdenyut. Doktor segera melakukan CPR. (Satu. Dua, Tiga, Empat,
……)saya nampak prosedur tu dr luar cermin biliknya. Hati saya terguris
teruk…cpr dilakukan di dada, betul2 di atas kawasan pembedahan tulang
belakangnya. Kalau dia selamat sekalipun, apa nasib tulang belakang tu, kan
baru je lepas dibedah.
Walaupun jantung dapat digerakkan kembali, namun jantung
Hajar hanya bekerja 1% sementara mesin pernafasan yg bekerja lagi 99%.
Hakikatnya carta pernafasan di paparan skrin tu terasa semacam gimik.
19 Jan 2013 (Sabtu)
Doktor pakar usus mengesahkan usus Hajar bocor dan perlukan tembukan kecil
diperut untuk mengesahkan teori beliau. Sekiranya benar, pembedahan yang lebih
besar diperlukan utk memotong usus yang bocor itu dan mencantumkan semula.
Serentak dengan itu, kami diberi borang kebenaran pembedahan untuk
ditandatangani. Semuanya atas nama nak menyelamatkan nyawa Hajar. Kami buntu.
Suami meminta tempuh untuk bertenang dan berfikir. Kami perlu solat. Kami perlu
berfikir dengan tenang. Kami mohon pertolongan melalui pertolongan Allah. Pukul
2 pagi, kami dipanggil semula. Terdesak, kami benarkan tembukan dilakukan
diperut. Hanya pada Allah kami bermohon pertolongan dan petunjuk.
Belumpun sempat selesai pembedahan kecil itu, seorang lagi
doktor memanggil kami. Berita besar yang disampaikan, buah pinggang Hajar tidak
berfungsi sepenuhnya atau lebih tepat lagi..dah rosak dan perlukan dialysis
darah. Hajar takkan boleh bertahan kalau darahnya tak dicuci kerana toksin
dalam tubuh akan meningkat dan meracuni organ2 yang lain. Terdiam. Bermimpikah
kami? Lepas satu, satu, organ badannya merosak. Namun begitu, dialysis tidak
boleh dilakukan dengan selamat kerana keadaaan Hajar yang tidak stabil.
Jantungnya dah pernah berhenti, dan boleh berhenti lagi semasa dialysis.
Darahnya dah terlalu cair..dah lama tak makan. Pendarahan juga boleh berlaku
kerana tekanan darah yang rendah. Jadi apa yang boleh kami perbuat? Sesudah
berbincang, kami ambil keputusan tidak membenarkan cuci darah dijalankan kerana
risikonya besar.
Tak lama lepas tu, pakar usus pula mengesahkan yang usus
Hajar memang benar2 bocor dan pembedahan besar diperlukan. Kami tanya, adakah
Hajar stabil untuk dibedah? JawapannyaTIDAK.Kami Tanya adakah masalah usus itu
boleh selesai selepas pembedahan tersebut? Jawapannya. TIDAK PASTI MASALAH SAMA
TAKKAN BERULANG LAGI. Lalu kami berikan jawapan yang paling selesa bagi kami
iaitu tidak membenarkan sebarang pembedahan dilakukan lagi. Kami juga tidak
membenarkan prosedur cpr dilakukan jika jantung terhenti lagi.
Doktor bercakap dengan berhati2. “Kalau itu keputusan Puan,
Puan sedarkah apa akibatnya nanti?” Saya jawab, “ya, saya sedar, saya akan
kehilangan anak saya, dan saya redha. Malah, kalau boleh , saya nak segala ubat
dan mesin pernafasan dihentikan” Doktor menjawab, “Itu tak boleh, menyalahi
etika, itu seperti membunuh pesakit. Kami tak boleh membunuh pesakit, tapi
kalau Puan tak mahu lakukan semua yg kami dah cadangkan, mesin pernafasan tetap
perlu terus dihidupkan.
Cuma pesakit takkan mampu bertahan lama kerana toksin
yang tinggi akan meracun dirinya sendiri.
Selepas itu, doktor terus mengawasi Hajar, dan pelawat telah
dibenarkan menziarah tanpa had masa kerana Hajar hanya menunggu masa untuk
pergi meninggalkan kita semua. Semua keluarga telah dimaklumkan, Hajar tak
putus2 diziarahi oleh sahabat2 yang mengenali dan bersimpati. Masing2 ingin
menatap wajahnya untuk kali terakhir.
20 Jan2013 (Ahad)
Pagi itu kami berdua khusyuk dlm doa masing masing, hanyut dalam munajat kami
kepada Allah memohon bantuan dan keringanan untuk sakaratul maut anak
kami.Tepat jam 9.20 pagi, Hajar melepasi sakaratulmaut dan meninggal dunia
dengan tenang dalam dakapan ibu dan restu ayah. Pergilah sayang, TUHANMU yang
lebih menyayangimu telah menunggu. Terima kasih YA ALLAH kerana telah
meminjamkan kami anak yang sebaik ini. 20 tahun kami berbahagia dengan
kehadirannya.Terima kasih kerana menganugerahkan akhlak yang mulia terhadap
anak kami ini. Kini kami kembalikan ia kepadaMU YA ALLAH.Dakapilah ia dengan
limpahan rahmat kasih sayangMU yang maha Agung. Amin.. amin..amin..ya rabbal
alamin.
Siti Hajar selamat dikebumikan di kampung keluarganya dengan
lancar.Begitu ramai sahabat, pensyarah, pegawai university dan saudara mara
hadir memberikan lawatan terakhir, memandikan, menyembahyangkan dan
mengkebumikan beliau. Seluruh alam seakan turut bersedih dan merintih kerana
kehilangan seorang mujahidah sejati. Cuaca mendung berterusan dari pagi hingga
ke petang,( tetapi tidak pula hujan), turut menyentap tangkai hati insan2 yang
jujur menyayanginya
•.♥• •.♥• •.♥• •.♥• •.♥• •.♥• •.♥• •.♥• •.♥•
SITI HAJAR
Engkau bermula dengan sengsara
Dalam mencari bahagia
Terasa bagai bayang bayang
Gelap walau di suluh cahaya
Pepasir pantai pun berubah
Pabila HAKIKAT melanda
Ketenangan yang kau cari
Terpancar di lorong sufi
Kelunakan tangisan kasihmu
Dalam simpuhan ketaatan
Bagi mengharapkan keredhaan
Darimu TUHAN pencipta Alam
Sungguh agung pengabdianmu
Kau berjaya menjadi iktibar
Ayuh bersama kita susuri
Perjalanan kekasih Allah
(╯︵╰,)
Antara perkongsian tentang allahyarhamah Siti Hajar Binti Ahmad
Sabir yang menghembuskan nafas pada 8 Rabiulawal 1434.:
~> "Berita indah dr 4 penggali kubur, kuburnya wangi ketika digali dan
liang lahadnya terang.."
(*mudah2an sebagai ganjaran amal kebaikan semasa hidupnya)
~>1) Ayah : kakak tak takut mati ke?
Hajar : tak..kakak dah sedia dah..
2) Ibu Bapa Hajar yg sentiasa tenang dengan bacaan Al- Quran dan
tasbih di tangan. Dalam keadaan ini, ada sesetengah orang sibuk
menyalahkan Doktor dsb.
Ketika mana jenazah hendak disolatkan, Hujan rahmat turun
seketika.
3) Arwah pernah cakap kat ayah dia, dia xsempat nak dakwah
banyak2 kat semua.
(*hanya 3 amalan yg dibawa ke kubur iaitu ilmu yang bermanfaat, sedekah amal
jariah, dan doa anak2 yang soleh)
~> Dan siti hajar minta disampaikan kepada kawan2... Yang dia minta maaf...
Atas segala salah silapnya.. Tlg panjang2kan kepada teman2 yg mengenali dirinya
khususnya. Bila dah sehat, ada sesuatu yg dia nak cerita. Apa dia? Maknya kata
sesuatu yang mampu tingkatkan keimanan kita.
(“Kezaliman itu terbahagi kepada tiga. Pertama kezaliman tidak diampunkan
Allah. Kedua kezaliman diampunkan Allah dan ketiga kezaliman yang Allah tidak
ikut campur dalam hal itu. Kezaliman tidak diampunkan Allah adalah syirik.
Kezaliman diampunkan Allah adalah dosa manusia ke atas dirinya dan tuhannya.
Kezaliman yang Allah tidak ikut campur adalah dosa di antara manusia dengan
manusia, sehingga mereka menyelesaikannya terlebih dulu.”)
~> Ibu beliau memohon maaf kepada semua kerana sebelum ini tidak membenarkan
lelaki untuk melawat, ini kerana keadaan Siti Hajar yang penuh dengan tiub
untuk membantu beliau pulih dari pembedahan. Alhamdulillah sekarang tiub2
tersebut sudah dicabut, dan ibunya boleh membantu beliau menutup bahagian
auratnya.
(*apabila dia memelihara auratnya pasti Allah memelihara keaibannya)
~> "Tentang kaki yg patah, saya dah tengok x ray. Patah berlaku pada
kedua dua tulang kat betis . Tapi patahnya tidak bersepai. Ia seperti rekahan
pada dinding. Jadi ia hanya simen dan tak masukkan besi. Menurut doktor, pada
usia muda spt hajar, patah begitu boleh bersambung semula dgn lebih mudah.
Lebih mudah utk hjr, sewaktu tulang itu sedang dipulihkan oleh badan, dia x
perlu menanggung kesakitan akibat patah tulang tersebut. Nyata Allah
meringankan deritanya."
(*bila kita mudahkan jalan Allah, pasti Allah akan mudahkan kehidupan kita)
"Medium utama penjagaan/perawatan mck terhadap siti hajar ialah penggunaan
air zam zam.
(*“Sebaik-baik air di permukaan bumi adalah air zamzam. Padanya ada makanan
yang menyegarkan dan penawar bagi segala penyakit.”)
'Peranan saya pula sebagai ibu adalah untuk mengukuhkan keimanannya dan
meletakkan pergantungan harapan penuh pada Allah. " (*ada tiga doa yang di
terima Allah secara langsung iaitu doa orang teraniaya,doa orang yang
bermusafir dan doa orang tua(ibu dan Bapa) terhadap anaknya)
mudah2an sedikit sebanyak dapat memberi pengajaran kepada kita sbg khalifah
Allah di muka bumi ini, walaupun tidak pernah mngenalinya tetapi mengikuti
perkembangannya seperti telah mengenalinya..
Inilah doa Baginda Nabi Muhammad saw ketika meninggalnya sahabat Abu Salamah
r.a: Wahai Allah, ampunilah Abu Salamah, naikkanlah darjatnya diantara
orang-orang yang mendapat hidayah, dan lindungilah keluarga dan keturunannya
yang masih hidup. Ampunilah dia dan kami, wahai Tuhan sekelian alam, luaskanlah
kubur baginya dan berikanlah cahaya didalamnya.,
Innalillahi wainna
ilaihiraji'un "
Walaupun saya tidak pernah kenal siapa diri arwah, namun
bila membaca rentetan pengalaman yang dilalui arwah Siti Hajar membuatkan saya terasa
betapa kerdilnya diri saya di dunia ini. Malah saya sendiri tertanya-tanya,
adakah diri ini telah bersedia untuk pergi menemui pencipta andai masa telah
tiba nanti.
Doa saya semoga arwah tenang disana. Takziah dari saya untuk
keluarga arwah Siti Hajar. Ternyata keredhaan dan keihklasan hati arwah Siti
Hajar membuatkannya cekal untuk melalui hari-hari terakhir dalam hidupnya.
AL-FATIHAH
##kematian itu pasti, bagaimakah giliran kita nanti?##
(╯︵╰,)



.jpg)









