Welcome to my world. Be nice here. Thank you. +Follow | Dashboard
Fake Smile


» 6/26/11 - 7/3/11
» 3/4/12 - 3/11/12
» 4/1/12 - 4/8/12
» 4/8/12 - 4/15/12
» 5/20/12 - 5/27/12
» 6/3/12 - 6/10/12
» 6/17/12 - 6/24/12
» 7/1/12 - 7/8/12
» 7/15/12 - 7/22/12
» 7/29/12 - 8/5/12
» 8/5/12 - 8/12/12
» 8/12/12 - 8/19/12
» 8/19/12 - 8/26/12
» 9/9/12 - 9/16/12
» 9/16/12 - 9/23/12
» 9/23/12 - 9/30/12
» 10/14/12 - 10/21/12
» 11/11/12 - 11/18/12
» 11/25/12 - 12/2/12
» 12/2/12 - 12/9/12
» 12/16/12 - 12/23/12
» 12/23/12 - 12/30/12
» 12/30/12 - 1/6/13
» 1/27/13 - 2/3/13
» 2/24/13 - 3/3/13
» 3/24/13 - 3/31/13
» 6/30/13 - 7/7/13
» 11/24/13 - 12/1/13
» 12/1/13 - 12/8/13
» 12/8/13 - 12/15/13
» 5/11/14 - 5/18/14
» 5/18/14 - 5/25/14
» 11/9/14 - 11/16/14
» 1/25/15 - 2/1/15
» 5/31/15 - 6/7/15
» 6/21/15 - 6/28/15
» 11/29/15 - 12/6/15
» 5/15/16 - 5/22/16
~~Menegur Jangan Sampai Menghina, Menegur Ikut Cara Rasulullah SAW~~
Friday, December 13, 2013 | 10:50 PM | 0 comments


Jagalah air muka saudaramu!



Jika ingin menegur, tegurlah dengan berhikmah & jangan di khalayak orang seperti di bahagian komen / ‘wall’ Facebook orang lain. 


Manfaatkanlah ‘private message’. 
Semua orang ada harga diri...(^_^)



 ♥.¸¸.•´»✿◕❁♥.¸¸.•´»✿◕❁♥.¸¸.•♥.¸¸.•´»✿◕❁♥.¸¸.•´»✿◕❁♥.¸¸.•

" Orang yang menegurmu secara sembunyi-sembunyi, bererti ia jujur menasihati mu. Tetapi orang yang menegur mu secara terang-terangan, bererti ia menghina mu."

- Imam al- Syafii -


Entri ini bukan sekadar untuk teguran dalam media sosial tapi juga di dalam kehidupan seharian kita.
Niat saya sekadar ingin berkongsi, assif jiddan buat semua andai ada yang tersilap. ^_^

 ♥.¸¸.•´»✿◕❁♥.¸¸.•´»✿◕❁♥.¸¸.•♥.¸¸.•´»✿◕❁♥.¸¸.•´»✿◕❁♥.¸¸.•

Ðalam menyampaikan dakwah kepada sahabat dan umat manusia, Rasulullah SAW diiktiraf sebagai seorang ‘pendidik teragung’. Ini kerana melalui sirah, kita pasti akan menemui begitu banyak pedagogi atau kaedah pengajaran diguna-pakai oleh Baginda dalam usaha memberi didikan secara berkesan.

Ðalam dunia pendidikan moden, kita disuapkan dengan pelbagai teori dan aplikasi berkenaan kaedah pengajaran. Sebenarnya pada diri Rasulullah SAW, jika kita kaji secara berhemah dan penuh cermat, sudah tentu tersurat dan tersirat pendekatan pengajaran yang indah sehingga memberi impak positif kepada sahabat pada masa itu.

Kaedah pertama yang begitu banyak digunakan dan diamalkan Baginda ialah membuat teguran, tetapi tidak memalukan si pelaku kesalahan. Inilah satu karakter hebat dipamerkan Baginda. Hal ini dapat kita kutip melalui satu kisah yang mengatakan pada suatu hari Rasulullah SAW ada menegur seorang sahabat Baginda, Ibnu al-Lutbiyah yang dilantik sebagai amil.

Ðikatakan Rasulullah SAW menegurnya apabila dia pulang daripada mengutip zakat lalu diserahkan sebahagiannya kepada Baginda dan sebahagian lagi dikatakan sebagai hadiah yang diserahkan kepadanya ketika mengutip zakat berkenaan.

Baginda SAW menegur beliau dengan cara Baginda bangun dan berucap di atas mimbar lalu memuji Allah dan berkata: “Apakah seorang amil yang aku lantik untuk memungut zakat selepas dia pulang dia berkata ini untuk engkau dan ini dihadiahkan kepadaku, sedangkan kalaulah orang itu berada di rumah, apakah dia akan diberikan hadiah seperti itu?”

Hayati baik-baik cerita ini kerana Baginda tidak menyebut secara langsung nama pelaku kesalahan di khalayak ramai. Baginda menyampaikan secara umum dan untuk pengajaran semua. Inilah gaya halus penuh berhemah daripada lisan Baginda yang mulia. Mengapa Baginda tidak terus menyebut nama pesalah dalam kisah itu?

Ðalam hal ini, Rasulullah SAW mempraktikkan ‘Kepimpinan Melalui Teladan’, maksudnya, Baginda selalu mengajar sahabat agar jangan mengaibkan manusia lain dan jelaslah bahawa Baginda sendiri mempamerkannya dengan sikap itu.

Pesan Rasulullah SAW yang bermaksud, “Sesiapa yang menutup aib manusia lain di dunia, nescaya Allah akan menutup aibnya pada hari akhirat.” (Hadis riwayat Muslim)

Rasulullah SAW bukan sekadar bijak dalam menyampaikan dakwah, tetapi Baginda sendiri mendahului apa yang diajarkan. Ini pengajaran dan teladan amat berguna buat pendakwah dan pendidik. Jangan hanya sekadar bersemangat tinggi menyampaikan sesuatu ajaran, tetapi dalam kehidupan seharian jadi bertentangan dengan apa yang disampaikan.

•.♥• •.♥• •.♥• •.♥• •.♥• •.♥• •.♥• •.♥• •.♥••.♥• •.♥• •.♥• •.♥• 

Kaedah kedua yang diutarakan Rasulullah SAW dalam penyampaian dakwahnya ialah memberi pujian. Ðalam ilmu psikologi moden mengatakan, pujian adalah elemen kepada pencetus rangsangan untuk bertindak dengan lebih aktif dan positif. Namun, Rasulullah SAW mendahului zaman dan sejak awal lagi mempraktikkan elemen murni itu.

Ini dapat kita hayati bersama dalam satu kisah berikut. Apabila  Muaz bin Jabal duutuskan ke Yaman sebagai hakim, Baginda SAW bertanya, “Apabila kamu dihadapkan dengan sesuatu masalah, bagaimana engkau menghukum?” Muaz menjawab, “Aku menghukum seperti dalam al-Quran.”

Baginda bertanya lagi, “Jika tidak ada dalam kitab?” Jawab Muaz, “Aku menghukum seperti yang ada dalam sunnah rasul.”

Baginda meneruskan soalannya, “Jika tiada dalam sunnah rasul?” Kata Muaz, “Aku akan berijtihad berdasarkan fikiranku.”

Lalu Baginda menepuk dada Muaz sambil berkata, “Pujian bagi Allah yang memberikan taufik kepada perutusan Rasul seperti mana yang diredai oleh Rasulnya.”

Tindakan Baginda dalam memberikan pujian kepada Muaz dalam aspek ini suatu tindakan yang sudah tentu menaikkan semangat dan perangsang kepada indivitu untuk terus melakukan kebaikan.

Sebenarnya, kaedah memberikan pujian juga perlu dilakukan oleh kedua-dua ibu bapa ketika mendidik anak. Jangan kedekut untuk memuji anak yang bertindak betul dan selaras dengan tuntutan agama. Ini kerana melalui pendekatan memberi pujian akan memperkembangkan potensi anak untuk menghayati ajaran yang disampaikan.

Kaedah seterusnya yang ada dalam siri dakwah Baginda kepada sahabat ialah pengajaran berasaskan strategi membuka celik minda. Rasulullah SAW banyak sekali membuka minda sahabat apabila ingin menyampaikan sesuatu perkara.

  ♥.¸¸.•´»✿◕❁♥.¸¸.•´»✿◕❁♥.¸¸.•♥.¸¸.•´»✿◕❁♥.¸¸.•´»✿◕❁♥.¸¸.•

" Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji."

-apa yang kita buat pada orang belum tentu orang boleh balas dengan perbuatan yang sama.mungkin kita berbuat jahat pada orang,belum tntu kita dibalas dengan kjahatan.bila kita buat baik belum tentu kita dibalas dengan kebaikan.segalanya mungkin.rambut sama hitam,hati lain2 ;)

-andai kebaikan dibalas kejahatan..bersabarlah.
-andai kejahatan dibalas kebaikan insaflah.
-andai kebaikan dibalas kebaikan bersyukurlah.
-andai kejahatan dibalas kejahatan Nauzubilah.

Saat aku menangis hiba ketika sujud padaMu Ya Allah,aku tahu Kau sentiasa bersama aku.
Saat aku diuji dengan dugaan Mu Ya Allah aku tahu Kau sedang memberi kesempatan untuk aku bermusahabah diri supaya mengenal realiti dunia ini Ya Allah...
Andai ini takdirMu.. aku terima Ya Allah. Kau kuatkanlah imanku.. tabahkanlah hatiku.
Jangan Kau pesongkan hatiku ke arah yang lain Ya Allah.

Setiap yang terjadi pasti ada hikmah disebaliknya.Wallahhualam :')

 ♥.¸¸.•´»✿◕❁♥.¸¸.•´»✿◕❁♥.¸¸.•♥.¸¸.•´»✿◕❁♥.¸¸.•´»✿◕❁♥.¸¸.•

Mengkritik jangan sampai menghina

Menegur jangan sampai meluka

Jangan ditukar pahala menjadi dosa

Kelak rugi hebat di kubur sana

Menasihati jangan terbawa benci mengeji

Bimbang bukan pahala dibawa mati

Tapi penuh dengan dosa meninggi


Betulkan niat agar pahalalah jua menemani..

 ♥.¸¸.•´»✿◕❁♥.¸¸.•´»✿◕❁♥.¸¸.•♥.¸¸.•´»✿◕❁♥.¸¸.•´»✿◕❁♥.¸¸.•


Sahabat yang dikasihi,



Orang mukmin sentiasa berusaha dan berhati-hati menjaga hatinya supaya sentiasa bersih, sihat dan tidak berpenyakit. Kerana hati yang sejahtera akan mendorong untuk mendekatkan diri kita dengan Allah SWT dan akan menjadikan kita mukmin yang taat dan patuh kepada Allah SWT.


Jangan kerana satu kesalahan, kita membenci seseorang itu habis-habisan. Boleh jadi semasa kamu memikirkan 10 kejahatannya, orang yang kamu benci itu sedang mengingati 20 kebaikan kamu lalu berdoa untuk kebaikanmu... 


"Jangan menyakiti orang-orang Islam, jangan mencela mereka dan jangan mencari keburukan mereka." 



(HR Ibnu Hibban)


 ♥.¸¸.•´»✿◕❁♥.¸¸.•´»✿◕❁♥.¸¸.•♥.¸¸.•´»✿◕❁♥.¸¸.•´»✿◕❁♥.¸¸.•






Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah SAW telah pun bersabda yang bermaksud, "Balighu anni walau ayah. (sampaikan daripada ku walau satu ayat)"– Hadis Riwayat Bukhari




“Tulislah yang baik-baik walaupun diri belum baik. Sekurang-kurangnya, itu sudah menyelamatkan kita daripada menulis yang buruk-buruk"


##Apa yang saya tulis ni bukan bermakna saya sempurna dalam menegur atau apa pun, diri ini masih lagi jahil, namun ianya sekadar peringatan bersama.. Tegurlah saya tatkala bila saya juga turut hanyut dalam duniawi##
:')

Pssssst pssstt!
Kadang-kadang nasihat yang paling baik itu boleh datang dalam bentuk sekuntum senyuman. ^__________^

Older Post | Newer Post