~~Terima Hakikat – Bukan Selalu Kebaikan Dibalas Dengan Kebaikan~~
Saturday, December 7, 2013 | 5:13 PM | 0 comments
Sekiranya kita selalu mengganggap setiap kebaikan pasti akan
dibalas dengan kebaikan, maka sebenarnya kita salah.
Dalam dunia nyata yang melibatkan perhubungan sosial manusia
sesama manusia – tiada kepastian seperti itu.
Tidak ada jaminan bahawa kebaikan yang kita lakukan akan dilihat
sebagai sesuatu yang baik oleh orang lain, apatah lagi untuk
dibalas juga dengan kebaikan.
Walau bagaimanapun, kita juga harus beringat bahawa tidak
semestinya kebaikan selalu dibalas dengan keburukan.
Ada sebuah kisah mengenai seorang wanita yang hobinya suka
menulis. Setiap hari dia akan menunjukkan kemampuan menulisnya dengan update
status dan catatan yang sudah tentu dianggapnya bagus.
Dia sering “tag” sahabat-sahabat facebooknya dengan harapan
catatan statusnya itu akan mendapat maklumbalas.
Kini dia sedang dirawat di rumah sakit jiwa.
Mengapa?
Sebenarnya dia tidak kuat untuk menanggung dan menerima
kritikan. Dia tertekan..
Apa yang dapat disimpulkan, dia tidak bersedia untuk
menerima keburukan yang dilemparkan oleh orang lain kepadanya.
Dia merasakan dirinya sudah menulis perkara yang baik dan
menganggap penulisannya memberi manfaat untuk pembaca, khususnya teman-teman
yang ditagged.
Dia beranggapan kebaikan perlu dibalas dengan kebaikan juga.
Tetapi sebaliknya, susu dibalas dengan air tuba. Dia fikir dia sudah melakukan
perkara yang baik dan tidak patut ada orang mengkritiknya.
Disini adalah kuncinya – terima kenyataan!
Kita perlu menerima kenyataan, bukan selalu kebaikan
diterima secara baik oleh orang lain. Kebaikan tidak semestinya dibalas dengan
kebaikan – Hakikat yang perlu kita terima.
Mungkin kita menyesali perkara itu. Tetapi, penyesalan tidak mengubah keadaan. Ini adalah fakta kehidupan.
Tiada orang baik sepanjang waktu
Perlu kita ketahui tidak semua orang itu baik sifatnya,
apatah lagi untuk baik sepanjang waktu. Kecuali Rasulullah – selalu bersifat
baik kerana Allah menjadikannya bersifat seperti itu.
Bagaimana pula kita? manusia biasa
Selain daripada itu, memang jarang ada orang yang
sentiasa baik sikapnya. Tetap ada kekurangan dan kelemahannya dimana-mana.
Pernah berbuat khilaf dan dosa.
Jangan mengharap perbuatan kita dibalas dengan kebaikan.
Orang baik tentu membalas kebaikan dengan kebaikan. Apabila
tidak dapat melakukan kebaikan pun, dia tidak melukai hati orang yang melakukan
kebaikan.
Tetapi pada asasnya, kita mesti menerima kenyataan bahawa
tidak mungkin kebaikan yang kita berikan sentiasa dianggap baik oleh orang
lain.
Ini adalah realiti.
Jangan mengharap selalu dibalas dengan kebaikan
Mari kuatkan hati! =)