~~Jangan Berhenti Berjuang, ALLAH kan ada :') ~~
Friday, May 16, 2014 | 11:16 PM | 0 comments
Apakah erti berjuang sebenarnya ?
Berjuang dalam erti kata
lain bermaksud berjihad pada jalan Allah yakni bersungguh-sungguh
memperjuangkan kebenaran fisabilillah. Maksudnya berjuang dalam meninggikan
kalimah Allah. Di sini baru kita faham, ajaran Allah atau ajaran Islam itu
adalah dari satu kalimah iaitu:
"Asyhadu allaa ilaaha illallah wa asyhadu anna muhammadur
rasulullah."
Pintu Islam ialah kalimah syahadah. Maka, siapa yang
berjuang bagi meninggikan dua kalimah syahadah agar diterima orang, itulah
berjuang.
Oleh hal yang demikian, bagi orang yang sudah syahadah, kita
mestilah berjuang agar mereka mengekalkannya manakala bagi orang yang belum
syahadah, kita berjuang agar mereka mengucapkannya yakni mengislamkan mereka.
Itulah takrif berjuang yang sebenarnya. FirmanNya :
"Dan
sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh)
segala jenis kekuatan yang dapat kamu
sediakan."
( Surah Al-Anfal : Ayat 60 )
●●۩۞۩●●●●۩۞۩●●●●۩۞۩●●●●۩۞۩●●●●۩۞۩●●●●۩۞۩●●●●۩۞۩●●
Dikala kita sedang sibuk dengan urusan kita di sini...
Dikala kita sedang leka dengan dunia kita sediri..,
Nun jauh dibelahan dunia
Masih ada manusia yang tak mempunyai nasib sebaik kita.
Masih ada anak kecil mengharap belas simpati dunia.
Walaupun kita tak mampu bersedekah dengan harta.
Namun panjatkanlah doa buat mereka...
:')
Hanya berkongsi rasa...
♥▬▬▬▬▬▬▬●♥▬▬▬▬▬▬▬●♥▬▬▬▬▬▬▬●♥▬▬▬▬▬▬▬●
Sekarang, kita sudah mengetahui erti sebenar berjuang.
Persoalannya, mengapakah kita tidak boleh berhenti berjuang ?
Lihatlah keadaan agama kita sekarang. Betapa sadis sekali
keadaan umatnya. Umatnya yang leka lagi lalai dengan nikmat dunia yang sementara.
Masing-masing ingin memenuhi kehendak nafsu. Kalimah Allah yang telah
diucap diabaikan. Segala tanggungjawab
dan amanah kepada Pencipta terus ditinggalkan. Beginikah cara hidup Islam yang
sebenar yang telah diajar oleh baginda Rasulullah SAW ?
Sedarlah. Janganlah terus alpa dengan tipuan dunia. Yang
dikejar redha Ilahi bukanlah nikmat duniawi. Ingatlah, berjuang itu satu
kewajipan ke atas diri kita yang bergelar muslimin dan muslimat.
Maka, beranikanlah dirimu dengan berjuang agar kita dapat
menemukan makna sejati keutuhan serta kemanisan berjuang di jannahNya kelak.
Agar kita ketemu kerahmatan Ilahi. Sesungguhnya, betapa Indah hidup berjuang
ini.
✿✿ Teruskan berjuang di JalanNya ✿✿
Lihatlah di kanan kiri kita, lihatlah masa lalu kita,
sudahkah kita berbakti serta berkhidmat untuk agama kita yang tercinta ini ?
Tepuk dada, tanya diri.
Cuba renung seketika, berapa banyakkah usaha kita ke
arah perjuangan ?
Kata sayang Islam, tapi nak berjuang pun, sudah malas dan
mengeluh.
Cuba bayangkan, layakkah diri kita ke jannahNya sekiranya
kita masih bermalasan untuk berjuang serta berperang mengalahkan nafsu kita ?
Muhasabahlah diri kita. Sesungguhnya berjuang serta berperang di jalanNya
adalah satu kewajipan kita.
Dari Abu Hurairah R.A. katanya,
Rasulullah SAW
bersabda :
"Barangsiapa yang mati dan belum pernah melakukan
peperangan,juga tidak pernah tergerak hatinya untuk melakukannya itu-yakni tidak ada keinginannya sama
sekali untuk berjihad fisabilillah,maka ia mati menepati satu cabang dari kemunafikan."
( Hadis Riwayat Muslim )
Teruskanlah berjuang tanpa rasa gerun pada musuh-musuh
Islam. Pasti suatu saat kamu akan ketemukan kemanisan serta kenikmatannya.
Hiduplah dalam realiti. Berhentilah mementingkan diri sendiri serta berkhayal
di siang hari. Sesungguhnya Allah redha dengan hambaNya yang berjuang di
jalanNya.
Firman Allah dalam kitabNya yang mulia :
"Dan sesiapa yang berjuang (menegakkan Islam) maka
sesungguhnya dia
hanyalah berjuang
untuk kebaikan dirinya sendiri. Sesungguhnya Allah
Maha Kaya (tidak
berhajatkan sesuatupun) daripada sekalian makhluk."
( Surah Al-Ankabut : Ayat 6 )
✿✿ Buatlah yang Terbaik,
Sesungguhnya Allah BersamaMu ✿✿
Janganlah berputus asa. Sesungguhnya rahmat Allah itu maha
luas bagi hambaNya yang bersabar. FirmanNya :
"Jangan berputus asa dengan rahmat Allah."
Tahukah kita ?
Kita berjuang ini seolah-olah membawa bakul
yang berisi iman, I
slam dan ihsan itu lalu menjaja-jajakannya. Kita pergi
membawa pesan dari Tuhan untuk menyampaikannya kepada manusia.
Iman itu pula, ia bukan seketul atau sebiji tetapi ia juga merupakan
satu bekas yang di dalamnya mengandungi hal-hal yang berkaitan dengan iman yang
merupakan 'paket iman'. Di situ ada keyakinan tauhid, aqidah dan sebagainya.
Bila dikatakan Islam, itulah syariat. Syariat pula tentulah
banyak. Ada fardhu ain, fardhu kifayah, wajib dan sunat. Ada pendidikan,
ekonomi, kebudayaan, dakwah, pentadbiran dan lain-lain lagi. Itulah bungkusan
Islam.
Begitu juga ihsan. Di dalam bakul ihsan itu ada ilmu hakikat
dan ilmu rasa. Yakni penghayatan kita pada Tuhan seperti rasa takut, redha
serta rasa hamba.
Jadi orang yang berjuang, keluar pagi sampailah petang.
Petang baru pulang dengan membawa bakul maknawi yakni kalimah syahadah 'Laa
ilaaha illallah, muhammadur rasulullah'. Dalam bakul itu bermacam-macam pula
isinya yang terdiri daripada iman, Islam dan ihsan.
Hendak ditamsilkan, orang berjuang itu, ibarat orang yang
menjual ikan dan sayur.
Pergi dari rumah ke rumah dan berkata :
"Mari beli
ikan. Mari beli sayur!"
Maka orang yang berjuang pun hakikatnya menjaja
juga. "Mari beli iman, Islam dan ihsan!"
Oleh hal yang demikian, menjaja dan menjuallah dengan
sebaiknya agar mendapat hasil yang lumayan dan terbaik. Teruslah dan teruslah
kita menyelusuri, mengevaluasi langkah demi langkah untuk menyampaikan
kebenaran tanpa berputus asa kerana Allah itu bersama orang yang benar.
✿✿ Cintailah Jihad ✿✿
Itulah erti jihad atau berjuang fisabilillah. Selain itu, ia
boleh dianggap berjuang menentang jalan syaitan. Mengapa perlu berjuang sampai
bunuh orang ? Ledak bom sana sini. Itu syaitan yang ajar. Itu bukan mati syahid
tetapi mati sakit. Ketahuilah, berjuang ialah memberi sesuatu yang baik kepada
orang lain.
Cintailah jihad untuk menambahkan lagi keimanan serta
ketaqwaan kita kepada Allah dan baginda Rasulullah SAW. Ledakkan paradigma
jihad kita di jalanNya. Usah takut, usah gentar. Bangkitlah. Usah risau kita
akan terjatuh dan terpinggir. Ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamaa kita.
Ubahlah persepsi diri kita yang menyatakan berjuang itu
hanya untuk orang yang mana negaranya dalam peperangan. Mujahadahlah dalam
berjuang agar kita ketahui bahawa manisnya perjuangan itu. Agar suatu saat kita
akan berbangga dengan jihad kita.
✿✿ Ikhlaskan Dirimu pada yang Satu ✿✿
Semoga saatnya nanti kita bisa kembali kepada yang Maha
Satu.
Berjuanglah untuk itu, berjuanglah dengan usaha yang kita termampu.
Janganlah lari dari kenyataan berjuang.
Pasti suatu saat, kita akan bergembira
dengan hasil usaha kita. Pada saat itu, segala kesusahan dan keperitan akan
dilupakan.
Hiduplah dan hidupkanlah perjuangan. Disanalah dikibarkan,
disanalah keagungan akan tercipta menyerikan kehidupan yang hakiki. Jangan
pernah kita salah ertikan makna perjuangan. Jangan salah mengurai perjalanan
serta memilih langkah. Jejakilah kebenaran dengan menghidupkan kalimah
syahadahNya yang satu.
Sungguh, hidup itu penuh misteri dan misteri itulah akan
menyerikan lagi kehidupan kita di bumi Ilahi.
InsyaAllah, kita akan dapat melihat keindahan, kebesaran dan
kebesaran 'Azza Wajalla. Melihat hakikat kebesaran perjuangan itu. Oleh hal
demikian, usahlah lagi ragu-ragu dalam berjuang. Jangan pernah takut. Jangan
pernah berhenti berjuang. Mudah-mudahan, kita tergolong dalam golongan hamba
yang benar disisiNya. Amiin...
-Tetaplah dijalan ALLAH-