~~TIPS BELAJAR SAAT AKHIR & DOA KUAT INGATAN DAN TIDAK MUDAH LUPA~~
Friday, May 23, 2014 | 10:53 PM | 0 comments
TIPS BELAJAR SAAT AKHIR
Psstt..tak last minute pun boleh
Panjang tajuk entri kali ni,haha..
Contentnya pun mestilah panjang juga kan..
‘Final
exam' just around the corner.
Saya sendiri jenis belajar last minute, so wanna share this tips dengan
sahabat yang sama macam saya.
Dah macam nak buat novel pun ada....hehe
Di sini juga saya kongsikan bacaan ayat Al-Quran buat
sahabat seagama dan beberapa tips lain...
Please read and enjoy reading earthlingss...
(~ ̄▽ ̄) ~
Sebenarnya, kita dapat meningkat daya ingatan atau
mengurangkan risiko menjadi pelupa dgn mengamalkan tips-tips di bawah secara
berterusan. Lebih baik jika kita mempraktikkan ketika usia masih muda supaya
kelak di hari tua kita tidak menjadi terlalu pelupa.
Belajar pada saat-saat akhir menjelang peperiksaan
bukanlah sesuatu yang bagus. Bagaimanapun, sekiranya anda terpaksa juga belajar
sebegini.
Cuba amalkan kaedah di bawah ini:
1. MEMBACA AL-QURAN
Sekiranya anda seorang Muslim, amalkan membaca Al-Quran
walau sehelai muka surat setiap hari. Membaca Al-Quran dapat menerang jiwa,
menenangkan perasaan dan menajamkan daya ingatan dengan lebih baik.
2. BERTENANG DAN JANGAN CEMAS
Anda perlu bertenang dan jangan cemas. Tiada faedah yang
akan diperolehi sekiranya anda cemas keterlaluan. Belajar disaat akhir juga
memerlukan strategi yang betul. Ini kerana masa yang anda adalah terhad.
Selepas bertenang buat penilaian apa tindakan yang akan diambil seterusnya.
Rancang tindakan yang akan anda diambil dan disiplinkan diri untuk mengikut
perancangan yang dibuat.
3. BERI TUMPUAN LEBIH TERHADAP PEMBELAJARAN
Letakkan seluruh tumpuan fikiran anda kepada proses
pembelajaran yang anda lakukan. Jangan terlalu memikirkan bahawa anda
kesuntukan masa. Hafal perkara yang sepatutnya dihafal seperti biasa dan jangan
melengah-lengahkan masa belajar.
Meskipun anda cuba mengenepikan ketakutan dan kegelisahan
yang anda alami itu, tetapi lama-kelamaan perasaan itu akan datang semula.
Sekiranya hal ini berlaku, cuba alihkan diri anda dari tempat belajar untuk
melakukan senaman ringan seperti berdiri sambil menarik dan melepaskan nafas
panjang-panjang secara perlahan-lahan beberapa kali. Kemudian duduk semula dan
cuba teruskan pembelajaran anda. Cara ini sekurang-kurangnya akan dapat
mengurangkan perasaan anda yang tidak tenteram itu.
4. YAKIN TERHADAP KEBOLEHAN DIRI
Selalu tanamkan dalam diri anda bahawa “saya boleh” dan
tulis besar-besar dan terang dan letakkan di hadapan anda (di tempat anda
belajar). Tiap-tiap kali anda melihat kad itu anda yakin bahawa anda boleh
berjaya. Sekiranya anda dapat menanamkan dalam diri anda bahawa anda
bekeyakinan penuh boleh melakukan, maka secara sepontan anda berusaha
bersungguh-sungguh dan mental anda dapat berfikir ke arah kejayaan dan apa-apa
yang anda cita-citakan selama ini akan membuahkan kejayaan yang membanggakan.
5. MASA REHAT PERLU SECUKUPNYA
Semasa belajar anda berasa cepat letih, sama ada dari segi
fizikal atau mental. Ambil masa untuk otak anda berehat sepenuhnya. Anda juga
digalakkan bangun dan cuba berjalan-jalan sebentar dan setelah merasakan
kelegaan barulah anda menyambung semula pembelajaran anda.
1/3 hidup kita dihabiskan dengan tidur. Namun ada orang yg
suka tidur lewat atau mengabaikan tidur yg cukup. Badan perlu rehat. Keletihan
hanya akan mengganggu maklumat/data yang telah disimpan oleh otak dan juga
menjejaskan kemampuan untuk mempelajari sesuatu yg baru. Oleh itu, amalkan
tidur yg cukup di malam hari kerana ia dapat membantu daya ingatan kita
berfungsi.
6. HAPUSKAN TABIAT SUKA TIDUR
Sebaiknya para pelajar tidak terlalu melayan keinginan untuk
tidur dari belajar. Kurangkan waktu tidur anda demi meraih satu kejayaan.
Gunakan lebih banyak masa mengulangkaji pelajaran di samping melakukan
latihan-latihan sendiri supaya anda berkeyakinan. Jadualkan masa tidur anda
supaya anda tidak terlebih tidur. Sekiranya anda hendak tidur beberapa jam,
anda pelu mengunci jam dan letakkan jam loceng berhampiran anda supaya anda
terjaga pada waktu yang dikehendaki.
Masa-masa beginilah yang paling sesuai agar tidak akan
diganggu. Penumpuan tenaga dan fikiran terhadap pembelajaran juga akan menjadi
mudah. Keadaan ini tidak mendatangkan masalah kerana kajian yang pernah dibuat
menunjukkan bahawa kecerdasan berfikir dan keupayaan membuat keputusan tidak
terjejas berikutan dengan pengurangan waktu tidur yang dilakukan.
Tidur merupakan waktu rehat yang paling baik dalam
persediaan menghadapi peperiksaan. Tetapi ramai pelajar membawa masalah
pelajaran ke tempat tidur dan memikirkan pelbagai perkara tentang masalah ini.
Akibatnya mereka mengalami gangguan tidur dan ada yang tidak dapat tidur
langsung. Pada keesokan harinya, pelbagai perkara akan berlaku seperti berasa
pening, tidak selesa dan tidak tenteram kerana ketegangan fikiran dan kelesuan
tubuh badan. Ini boleh menjejaskan prestasi mereka pada hari peperiksaan. Sekiranya
mereka terpaksa menghadapi peperiksaan pada hari itu, mungkin mereka tidak
dapat berfikir dengan tenang seterusnya akan menjejaskan ketepatan jawapan yang
diberikan.
7. JANGAN MENGAMBIL SEBARANG UBAT YANG MERAGUKAN
Pengambilan sebarang ubat mengganggu sistem saraf dan
menyebabkan keadaan menjadi tegang dan mudah terangsang. Anda tidak perlu lagi
mengambil sebarang pil peransang atau ubat-ubatan yang diragukan kesahihannya
untuk mencegah tidur. Dapatkan nasihat doktor sekiranya anda hendak mengambil
pil-pil sedemikian. Jangan sesekali bertindak sendirian. Ini akan membahayakan
anda.
Ubat peransang menyebabkan keletihan yang melampau. Ubat
peransang sedemikian mematikan segala perasaan dan keinginan. Melalui ubat-ubat
seperti ini, anda mungkin tidak dapat mengesan keletihan yang melampau secara
terus. Ubat-ubat ini meransang anda untuk terus belajar tanpa rasa keletihan
tetapi kesan yang bakal diterima menjadi lebih buruk setelah habis belajar.
Selain itu, elakkan juga dari meminum minuman berkafein
seperti kopi atau teh yang berlebihan. Kesannya sama seperti memakan pil peransang
yang menyebabkan kesan-kesan negatif seperti tangan menggeletar, tumpuan
terjejas. Dalam keadaan yang tertentu mungkin menyebabkan lupa selain daripada
kesan-kesan negatif yang lain. Seeloknya untuk mengawal rasa mengantuk, amalkan
meminum lobak susu kerana ia akan mencergaskan lagi otak untuk berfikir. Sebaiknya
makan makanan sunnah Baginda S.A.W.
8. MENGAWAL TEKANAN
Tekanan hanya akan membuat jiwa anda tidak tenteram dan
menyebabkan kesihatan anda terganggu. Anda juga lebih cenderung untuk menjadi
seseorang yang tidak peka dengan keadaan persekitaran. Anda tidak dapat
berfikir dengan jelas dan daya ingatan anda juga terjejas. Oleh itu, kawal
tekanan anda dengan baik seperti bermeditasi, membaca Al-Quran, yoga, sauna,
aromaterapi dan sebagainya.
9. BERHATI-HATI DENGAN PENGAMBILAN VITAMIN ATAU MAKANAN
TAMBAHAN
Sesetengah produk yg dijual di kaunter atau farmasi tidak
sesuai dengan kita. Ada yg kononnya dapat meningkatkan daya ingatan. Tetapi
sebaliknya ada yang memberi kesan sampingan. Oleh itu, lebih baik jika kita
mendapatkan makanan kesihatan yg diperlukan oleh tubuh badan kita dari produk
yang telah diakui oleh Kementarian Kesihatan dan mendapat kelulusan JAKIM serta
pakar pemakanan yang bertauliah sebelum membeli makanan tambahan.
10. BERSENAM
Bersenam dapat menggerakkan otot-otot dan melancarkan
peredaran darah ke otak.Oleh itu, daya ingatan kita juga akan menjadi lebih
baik.Amalkan senaman walaupun sekadar berjalan kaki.
11. ELAKKAN KEMURUNGAN
Kemurungan dalam hidup akan menyebabkan hidup anda tidak
ceria. Anda sentiasa berada dalam keadaan tidak segar dan rasa kecewa.
Lama-kelamaan ia turut menjejaskan daya ingatan anda dan membuat anda tidak
hirau dengan persekitaran anda. Ubatilah kemurungan sebelum menjadi serius
dengan berjumpa psikiatri atau beramal-ibadah mendekatkan diri kepada Allah
SWT.
12. BERI TUMPUAN LEBIH KEPADA BAB YANG PENTING
Dalam keadaan sebegini, anda hanya sempat mempelajari
bahagian-bahagian yang penting sahaja. Jangan beri tumpuan berlebihan kepada
bahagian-bahagian yang kurang penting. Cuba pilih lima atau enam isi penting
daripada satu-satu bahagian dan tuliskan isi-isi penting ini di atas kertas dan
cuba ingat serta hafalkan. Anda tidak mempunyai masa yang cukup untuk
mempelajari butir-butir yang kurang penting. Banyakkan membuat soalan-soalan
tahun lepas yang sering keluar sebagai latihan dapat membantu anda menumpukan
bahagian yang patut dipelajari terlebih dahulu. Cuba pilih soalan-soalan yang
mesti dijawab dan sediakan sekuarng-kurangnya enam atau tujuh isi dari setiap
soalan yang anda pilih.
Semoga info ini berguna..
DOA KUAT INGATAN DAN TIDAK MUDAH LUPA
Sumber: Ustaz Sharhan
Amalkan surah Al Israa’ ayat 70.
Ketika baca ayat tersebut,letakkan tangan atas kepala.
Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan.
(Al-Israa' 17:70) |
Bacaan lain pula adalah seperti berikut: ^_^
Harap-harap apa yang dikongsikan ini dapat membawa kepada
kejayaan kita bersama :)
I pray that all our exams, assignments, quizzes, finals go
well and we eill pass them all with
flying colours. May Allaah ease all our classes, finals and may all of us get
the well needed rest. May we retain the information you studied and may it be
used in our favour in the exams. Aamiin.
Have a blessed day!
Feel free to add your own tips!
##Bittaufiq wannajah,ya shohiby!!!##