~~ Perkahwinan Adalah Perkongsian Juga Tolak Ansur ~~
Friday, November 14, 2014 | 3:30 AM | 0 comments
Wahai Suami..
Pupuklah kembali benih kasih dan sayang terhadap isteri. Belajarlah dengan
secebis rasa bernama cinta. Jangan pernah hilang serasi dan percaya
mempercayai. Belailah selalu kerana mereka adalah wanita yang hadir atas nama
cinta..
:')
Anugerah dari DIA...
* * * * * * * * * * *
Suami perlu baca sampai tamat ...
Ada yang bertanya:
"Ko tak pernah gaduh ke dengan Isteri ngko?"
Bohonglah kalau saya kata Tak
* * * * * * * * * * *
Bulan 3 baru-baru ni, Isteri ajak saya ke Mid Valley. Ada Baby Fair katanya.
Saya yang takda apa-apa kerja hujung minggu tu, ikut aje.
Siap berkemas kami bertolak.
Dalam pukul 10.00 pagi, kami sampai kat sana. Awal. Namun, kelihatan sudah
banyak kereta yang beratur untuk memenuhi parking. Alhamdulillah, nasib kami
baik. Kami dapat parking betul-betul berhampiran lif.
Saya keluarkan stroller kakak, ambil gambar nombor parking dan terus naik ke
atas.
Sampai di atas, orang ramai telahpun membanjiri tapak festival. Saya ni jenis
yang tak suka berada di tempat yang ramai orang. Lebih-lebih lagi yang crowded
macam ni. Tapi, bila mengenangkan Isteri yang dah 7 bulan memboyot ni, saya
hanya butakan mata dan pekakkan telinga. Lautan manusia saya redah jua.
10 minit berlalu dan saya masih di situ. Bertahan, memilih baju untuk anak yang
bakal dilahirkan, bersama Isteri tercinta.
Tapi bila masuk minit yang seterusnya, saya surrender. Dengan kakak yang dah
boring duduk dalam stroller, saya volunteerkan diri untuk menjaganya.
Saya bawa kakak pusing-pusing di ruang legar aras berkenaan. Kakak yang suka
explore ni meronta-ronta ingin keluar dari strollernya. Ok fine.
"Didi buka belt kakak. Tapi janji, kakak kena behave ok.."
"K.." Jawabnya mengambil suku kata belakang
Budak-budak, mana diorang kisah tentang janji. 'Bebas' je, ke hulu ke hilir dia
lari. Apa yang boleh saya buat hanyalah bersabar dan kejar. Aduhaiii.....
Dari minit ke-11 saya tinggalkan Isteri membawa kepada 1 jam. Namun, bilangan
pengunjung yang datang tidak menunjukkan sebarang tanda diorang bakal
berkurang.
"Dah lama sangat ni. Jom kakak. Kita pergi kat Ummi" kata saya
menarik kakak
Saya dukung kakak yang masih nak berlari. Sebelah tangan lagi saya gunakan
untuk menolak stroller. Beg dia yang tergantung di handle stroller, membuatkan
perjalanannya tidak lurus. Sungguh mencabar.
Sekali lagi, berasakkan dengan pengunjung lain, saya gagahkan diri, membelah
masuk untuk berjumpa Isteri.
"Dah ke Sayang..?" Soal saya sebaik berjumpanya
"Yang ni je Abang..''
Tunjuk dia pada saya akan beberapa pasang baju yang berjaya dia pilih.
"Pampers new born belum beli lagi ni. Cane ye Abang..?" Sambungnya
lagi
Saya yang dah mula boring, cepat-cepat ingin beredar dari situ.
"Kita cari kat lain je lah. Sini ramai orang sangatla. Kakak pulak taknak
duduk diam. Penat dah Abang kejar.." Lapor saya meminta simpati
"Ok lah. Jap ye. Sayang nak bayar.."
Dalam masa menunggu tu, kakak nampak budak-budak dapat belon free pulak.
Berhempas pulas la saya mencari kat mana nak dapatkan belon tu. Hmm.. Takpelah.
Asal awak duk diam sudah.
Selesai Isteri membuat pembayaran, saya terus nak tolak stroller straight ke
pintu keluar. Tapi Isteri mengajak saya tawaf dulu, melawat booth-booth dalam
sebelum keluar.
"Dengan ribuan orang yang membanjiri, awak nak redah masuk dalam jugak..?
Tak payahlah.."
"Tapi bang, alang-alang kita dah sampai, kita masuk je la kejap. Pastu,
kita balik lah nanti.."
Saya diam.
Membisu.
Tak kata apa-apa.
Selang beberapa saat, sambil memegang kening, saya menghela nafas. Panjang..
"Hmmmmmmmhhhhhhhh.."
Dia faham dan tahu yang saya sudah takda mood.
"Abang selalu macam ni. Dah la. Jom la balik.."
Helaan saya membantutkan kemahuannya. Dia bertindak spontan. Menarik handle
stroller lalu ditolak tanpa menghiraukan saya. Dia keluar. Saya pun keluar. Dia
bengang. Saya lagi bengang.
Keadaan itu membuatkan saya panas. Rimas dan nak marah. Tapi semua tu saya
tahan. Saya hanya membontotinya dari belakang. Saya biarkan dia menolak
stroller sendirian.
Dengan keadaannya yang sarat mengandung, dia memimpin tangan kakak.
Barang-barang baby, handbag gadjetnya dan beg anak diletakkan dalam stroller.
Kesian. Memang kesian.
Tapi kipas syaitan terlebih dahulu menyemarakkan api kemarahan saya daripada
memberikan belas kasihan terhadapnya. Astargfirullah.. Menyesal sangat bila
dikenang kembali. Huuu..
Dia berjalan menuju lif. Ditekannya button down dan kami ke AEON.
Setibanya di AEON, saya tinggalkan mereka di sana. Tanpa memberitahu ke mana
saya ingin tuju, saya berlalu begitu sahaja. Ketika itulah, bisikan syaitan
galak bersuara dalam hati saya. Katanya..
"Jika dia masih berkeras, kau tinggalkan aje dia. Biarkan dia balik naik
teksi. Padan muka..!!"
Saya pergi. Tapi tidak jauh dari situ pun. Saya ke surau. Bertenang di bangku
luarnya sambil kepala bersandar di dinding. Saya dongakkan kepala. Pejamkan
mata. Dan mulut mula melafazkan kata-kata istighfar, memohon ampun dan bantuan
dari-Nya.
"Astarghfirullah.. Astarghfirullah.. Astarghfirullah.."
Perlahan-lahan air mata saya mengalir dari alur tepi keduanya. Sedih. Sayu.
Pilu. Hati saya begitu tersentuh.. Mengenangkan Isteri sukar memahami saya.
Pada masa tu, entah kenapa, tiba-tiba terlintas di fikiran saya kisah Mahatma
Gandhi yang menghukum dirinya sendiri dek kerana anaknya tidak menepati janji.
Dia merasakan dirinya adalah seorang ayah yang gagal apabila anaknya tidak
menjadi manusia sejati.
Allah..!! Kisah itu terpalit pada diri saya. Sayalah yang bertanggungjawab
menjadikan Isteri saya sebegitu. Mungkin cara saya mentarbiahnya belum
sempurna. Semua itu tadi adalah salah saya bukan silap dia.
Sejenak selepas itu, saya berfikir untuk mencari mereka. Tetapi ego lelaki ini
belum bersedia untuk tunduk mengakui kekhilafan sendiri. Hmm..
Setelah sedikit tenang, saya keluar. Berjalan menghampiri dinding kaca yang di
bawahnya terdapat escalator. Tatkala memerhati gelagat seorang demi seorang
yang lalu lalang, perhatian saya tertumpu pada sepasang suami isteri yang
mempunyai dua orang anak.
Si suami mendukung kakak yang telah lena di bahunya. Manakala si ibu memegang
adik yang bulat pipinya.
Saya teringat kakak.
Tak semena selepas itu, saya terdengar satu suara memanggil kuat panggilan
saya.
"Di.."
Saya menoleh ke belakang. Tapi kelibat kakak tidak kelihatan. Ya Allah.. Perasaan
rindu terhadapnya terus menyelubungi diri disertakan rasa bersalah terhadap
Isteri.
"Apa yang telah aku buat ni.." Rintih saya separuh menangis
Saya seluk saku seluar. Mencari iPhone untuk menghubungi Isteri.
"Ciss.. Masa ni pulak kau nak habis bateri.. Macam mana ni.."
Saya buntu.
Nafas sekali lagi saya tarik dalam-dalam.
Bertenang.
Akhirnya, saya membuat keputusan untuk menunggu mereka sekitar 5 minit lagi.
Jika tiada, saya akan berlari berkejar menuju kereta.
Setiap mereka yang lalu di hadapan saya, saya scan. Saya fokuskan mata hanya
kepada dua warna. Merah dan turqoise. Ya. Itulah warna baju yang dipakai kakak
dan Isteri.
"Bukan. Bukan. Bukan. Tu pun bukan. Yang tu pun bukan. Hahhh.. Sana, bukan
jugak.."
Melilau saya mencari keduanya. Namun semuanya hampa. Pabila saya ingin
melangkah memulakan larian, seolah datang satu ilham, mengarahkan saya untuk
menoleh ke belakang sekali lagi. Dan ketika itulah, saya ternampak susuk tubuh
Isteri sedang termengah-mengah menolak stroller, bersama kakak yang sedang
relaks di dalamnya. Allah.. Syukur sangat pada-Mu ya Allah..
Saya segera mendapatkan mereka. Perasaan ego tadi tu saya buang jauh-jauh,
pergi bersama serpihan-serpihan masa yang berlalu.
Saya ambil stroller dari tangannya. Saya galas handbag yang tersandang di
bahunya. Saya pegang barang-barang yang dibimbitnya. Lalu dia menyuakan straw
air coffee latte ke mulut saya. Saya minum. Selepas itu, kami berjalan
bersama-sama dengan tangannya memaut erat lengan saya, seolah tiada apa yang
berlaku. Oh!! Bahagianya saya rasa..
Kami berjalan menuju ke bawah. Mencari kerusi untuk berehat dan ruang legar
untuk kakak bermain. Di situ juga kami makan roti dan menghabiskan baki-baki
air yang tersisa.
"Abang.. Jom balik.." Isteri saya bersuara.
Saya masih diam. Tetapi hanya menjawab melalui perbuatan. Saya dapatkan kakak
dan letakkan dia kembali di stroller.
Saya tolak stroller menuju escalator. Isteri yang mengikut di belakang,
menyangka saya akan ke mesin auto untuk membuat pembayaran. Tetapi ternyata,
jangkaannya silap. Saya sebaliknya menolak stroller untuk naik ke atas kembali.
"Jom, kita cari pampers new born baby.."
Tengok. Perancangan Allah. Cantik Dia aturkan semuanya. Saya yang tadinya dah
tak sabar-sabar nak balik, kini menjadi orang pertama nak beli pampers baby.
Saya redah masuk sekali lagi. Dan Alhamdulillah, kami dapat beli 2 beg pampers
dengan dapat diskaun lagi. Keluar tu, saya nampak ada pertunjukkan Transfomers
kat bawah. Saya bawa kakak ke sana. Dia happy. Saya happy. Dan Isteri pun
happy.
Selesai semuanya, barulah kami pulang.
Dalam kereta, Isteri dan anak tertidur keletihan. Saya memandang sayu wajahnya.
Dan dalam perlahan saya berkata..
"Maafkan Abang Sayang.. Maafkan Abang atas 'kekasaran' yang Abang lakukan
tadi.."
Saya kucup tangannya.
Setelah traffic light bertukar hijau, laju saya membawa keduanya bersama
bahagia menuju destinasi cinta.
* * * * * * * * * * *
Pesanan buat suami : Belajarlah mengawal amarah terhadap
isterimu. Lumrah isteri akalnya satu. Sekiranya amarah menguasai diri,
bertenanglah. Carilah masa seketika untuk berfikir dan merungkai amarah itu.
Pesanan buat isteri : Belajarlah untuk memahami suami. Andai ada rasa tidak
senang tersimpan di hati, bertuturlah dengan suara keibuan sejati.
Buat suami dan isteri : Andai berlakunya pertelingkahan, elakkan bermasam muka
berjam-jam lamanya. Ambillah masa untuk menenangkan hati. Apabila sejuk
kembali, sapalah pasangan dengan kemaafan dan anggaplah tiada apa yang berlaku
sebelumnya.
kisah benar dari Karyawan Bisu
Via: Karyawan Bisu