~~Kita Hanya Insan Bukan Tuhan! ~~
Monday, June 22, 2015 | 11:38 PM | 0 comments
Memetik kata2 seorang sahabat..
"Don't judge others based on appearances"..
Benar kata2nya.. :’)
Jangan kerana kau bertudung labuh,
Setiap kata2 kau harus diterima..
Jangan kerana dia tidak bertudung,
Terus kau menolak bait2 bicara darinya..
Ambil nasihat yang baik dari siapapun..
Jaga perlakuan..
Cuba, jangan kau sakiti dengan kata2..
“Lidah tu tajam dari hujung pedang”
Jangan terlalu cepat menghukum..
....•.♥•
•.♥•...
al-Imam Abu Hanifah rahimahullahu anhu. Satu hari ketika
beliau sedang berjalan, tiba-tiba ternampak oleh beliau seorang kanak-kanak
sedang berjalan dengan memakai kasut kayu. Beliau seraya menegur budak tersebut
dengan mengatakan :
" Wahai budak, jaga-jaga dengan kasut kayumu itu. Bimbang engkau akan
tergelincir nanti "
Budak tersebut mengucapkan terima kasih di atas perhatian al-Imam kepadanya.
Budak itu tiba-tiba bertanya :
"Wahai Tuan, siapakah nama tuan?"
Al-Imam Abu Hanifah lalu menjawab :
"Namaku Nu'man "
"Oh, rupa-rupanya tuanlah yang digelar al-Imam al-A'dzam ( Imam Yang
Sangat Hebat) itu?"budak itu bertanya kembali kepada al-Imam Abu Hanifah.
al-Imam Abu Hanifah lalu menjawab :
"Bukan aku yang meletakkan gelaran tersebut. Namun orang ramai yang
bersangka baik denganku meletakkannya"
Budak itu lalu menjawab :
"Wahai Imam, janganlah engkau sampai tergelincir ke dalam api neraka
disebabkan gelaranmu itu, aku hanya memakai kasut kayu yang jika aku
tergelincir sekalipun hanya di dunia semata-mata.. Namun gelaranmu itu
terkadang membuatkan seseorang akan tergelincir ke dalam neraka Allah taala
lantaran angkuh dan berbangga-bangga"
Menangis al-Imam Abu Hanifah rahimahullahu anhu mendengar nasihat daripada
kanak-kanak kecil tersebut.
Allahu Allah..Moga kita juga dapat mengambil akhlak dan peribadi al-Imam Abu
Hanifah al-Imam al-A'dzam ini...
p/s : Terima Kasih atas baik sangka orang kepada kita... ^_^